Monday, 27 March 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Image result for cute twin baby
Kredit : google 

Assalamualaikum hai semua. Yaya belum jadi "mama" lagi. InsyaaAllah lagi 5 6 tahun dari sekarang kalau ada rezeki dalam perkahwinankan. Tapi tak mengapa, untuk contest Lazada Malaysia Big Baby Fair ini yaya akan cerita serba sedikit apa brand terbaik dari Lazada yang yaya inginkan untuk my "future baby". Sebab entry ni nak cerita mengenai Baby Fair, so gambar hiasan kat atas tu adalah gambar baby. hihi.

1. Jenama lampin baby kegemaran yaya?
Untuk my future baby, yaya akan pilih jenama Huggies untuk lampin pakai buang. Pada pendapat yaya, dari hasil pembacaan Huggies antara jenama yang baik di antara kebanyakkan jenama lampin lain kerana permukaan Huggies lebih lembut dan akan memberikan keselesaan kepada bayi serta ianya hadir dengan harga yang berpatutan dan ekonomi.

2. Susu formula pilihan yaya?
Snow Neo Kid-Plus Milk Formula kerana jenama ini merupakan the best formula yang melengkapi segala keperluan nutrisi untuk keperluan dan tumbesaran bayi.

3. Satu produk dari Lazada Malaysia, yang yaya ingin dapat kan untuk future kids?


Lazada Big Baby Fair bermula dari 27 March 2017 sehingga 2 April 2017  dengan diskaun khas untuk anda sehingga 85%! menarik kan???
click sekarang LAZADA BIG BABY FAIR.

untuk contest ini, tidak semestinya anda perlu jadi "Mommy Blogger" untuk sertai. Any blogger is welcome to take a part. Good luck semua.

Love,
Yaya Yuki

Sunday, 26 March 2017

Cara Menjaga Kulit Wajah (Yaya Yuki Style)

Image may contain: 1 person, close-up
Assalamualaikum
hai semua hari ni yaya nak share macam mana yaya jaga kulit muka. Yaya tak adalah cantik mana pun korang huhu, tak flawless mana, tapi alhamdulilah kulit bersih bebas dari sebarang masalah. Yaya jenis yang suka amalkan cara tradisional. Tapi yaya ada juga skincare. Cuma kalau nak skrub, nak kecut jerawat, nak hilangkan pori-pori, nak hilangkan parut ke? yaya prefer cara tradisional hehe.

Siang

Bangun je tidur setiap pagi, yaya akan ambil segelas air putih suam sebelum berus gigi ye. Hihi ini petua awet muda. Okay selepas itu, macam biasa mandi apa semua lah. Yaya mula dengan mencuci kulit muka dengan menggunakan Tati Skincare. Pencuci Tati Skincare ini mengandungi Alpha Arbutin, Papaya Extract, Vitamin C dan pelbagai bahan yang baik untuk membantu menjaga dan merawat kulit yang bermasalah di samping mencerahkan kulit juga.

Next, yaya akan guna krim siang dan sunblock dari Tati Skincare juga. Alhamdulilah so far hampir setahun lebih yaya pakai Tati so far so good hehehe. Hanya ini sahaja yang yaya guna untuk siang ye. Kalau pergi kelas biasanya yaya memang malas nak makeup, tapi kalau mood baik je pagi tu kan makeup lah sikit natural look just guna Tati Day Cream as base. Pastu sapu sedikit rona coklat emas di mata dari Naked (urban Decay) ok dah siap. Haa, satu lagi yaya memang tak ada compact powder. Huhu sampai sekarang still tak tahu compact powder apa yang ok. Kalau korang ada nak suggest kan apa-apa brand boleh drop komen ye.

Malam

Untuk malam pula, haa apa yaya akan buat untuk malam ialah macam biasa cuci muka sebersih-bersih nya. Tapi korang jangan cuci terlalu kerap ye, nanti kulit akan kering. Selepas itu, apply night and treatment cream juga dari tati skincare. Lepas tu tidur laaa. hehe. Salah satu petua cantik juga ialah perlukan tidur yang cukup. haa, yang mana suka jadi burung hantu tu dah bolehlah tidur awal ye hehe. 

Penjagaan lain, yaya amalkan green tea. Green tea yaya adalah daripada Boh atau Ahmad Tea tiga kali sehari. Selepas minnum green tea tu, hampas tu biasanya yaya akan campurkan bersama gula dan skrubkan di muka. biarkan dalam 10 minit, yaya akan cuci dengan air suam.

Kalau kat rumah yaya selalu pakai telur putih sebagai mask. Tapi kalau korang tak tahan dengan bau nya kan, boleh jek perahkan air limau atau lemon. Lepas siap je mask tu sebelum tidur yaya akan letak 3 ketul ais di sekeliling muka sampai cair.

Setiap hari, yaya akan ambil air mineral lebih daripada 3 litter. Yaya tak minum kopi, dan hadkan hanya 1 sudu kecil gula dalam minuman. Ada juga kengkawan yang tanya macam mana pipi yaya boleh merah jek tanpa blusher, tapi ada juga yang dengki siap tonyoh-tonyoh pipi dia orang ingat yaya guna blusher huhu. Okay macam ni nak pipi merah semulajadi tanpa nak guna blusher ialah kena rajin skrub tomato? haa tomato? iyeee tomato tu cicah sikit dengan gula sental kat muka, insyaaAllah anda akan dapat pipi merah semulajadi hehe. 

Yaya harap apa yang share kan ni boleh membantu korang, yaya tak laaa pro tapi sikit-sikit ilmu jaga kecantikan tu adalah hehe (walaupun tak cantik mana hehe). Kalau ada apa-apa soalan boleh saja drop komen di bawah atau di cbox. If malu juga boleh tanya di email yaya ye yayayuki96@gmail.com

Image may contain: 1 person, smiling, close-up

Terima kasih semua. 
Till we meet again in a next entry. Fi Hifzillah. take care everyone.

Love,
yaya yuki

Wednesday, 22 March 2017

Istimewa untuk Bangsa Johor

Assalamualaikum semua, viral sejak semalam lagi, Rumah Impian Yayasan Sultan Ibrahim. Bangsa Johor adalah digalakkan memohon mana tahu ada rezeki.
permohonan online juga boleh dibuat di 

Image may contain: 1 person, beard and text

Image may contain: text

Image may contain: house, tree, plant, sky, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, smiling, skyscraper and outdoor

No automatic alt text available.

Kredit : Viral Media Johor

good luck semua. Sharing is caring.

Love,
Yaya Yuki

Happy Birthday LAZADA


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Minggu ni, di reading list yaya kebanyakkan blogger up posting entry "LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST". Jadi, yaya pun nak join sekalilah memeriahkan Lazada Birthday Blogger contest ni, mana tau ada rezeki hihi, amin.

1. Apa yang Yaya suka tentang Lazada?
Yaya suka shopping di Lazada sebab utamanya ialah efisien, laju, hari ni order-order barangan yang sedia ada dalam negara esok atau lusa sampai dah depan rumah. Hampir semua barang-barang keperluan universiti seperti beg bagasi, papan seterika, seterika, kettle, semua ni yaya beli di Lazada. Haa, yaya pernah beli fon jugak dekat lazada. Baru-baru, ni fon tu ada masalah, dan yang paling rumit sekali yaya dah terbuang resit warranty semua, pastu terus call Lazada sekejap je dapat email warranty balik, dah settle elok balik dah fon tu. Yaya boleh bagi 5 bintang untuk servis, khidmat pelanggan yang cekap dan sangat efisien. 

2. Tiga produk kegemaran yaya dari Lazada Malaysia?

i).  Xiaomi Mi Max 128 GB Rom + 4 GB Ram 
Yaya perlukan Xiaomi Mi Max ni kerana kapasiti ram yang besar sesuai laa dengan student macam yaya yang tak suka fon "lagging" dan suka menyimpan banyak data dalam fon ni hihi.



ii).  Nike Women's Air Max Thea Lifestyle Shoe.
Kerana ia amat bersesuaian dengan gadis feminin yang rajin bersenam macam Yaya :D.


iii). Milux 10 in 1 Multi Cooker MMC-1500
Kepada yang suka masak, proses memasak akan lebih mudah dengan 10 dalam 1 Multi Cooker dari Milux ni.



3. Macam mana nak pertingkatkan lagi perkhidmatan Lazada?
Yaya rasa untuk barang COD tu sangat limited kan, pihak Lazada boleh mempelbagaikan lagi jenis barangan yang boleh di COD. Selain itu, barangan HOTS yang selalu sold out, boleh ditambah kuantitinya. Barangan yang datang dari luar negara, mungkin pihak lazada boleh kaji semula jangka masa menunggu yang makan masa agak berbulan khususnya barangan make up dan jam.

4. Ucapan Birthday untuk Lazada
Selamat menyambut ulangtahun yang ke 5 LAZADA!, semoga semakin bertambah maju terkehadapan, sentiasa efisien dan sentiasa menjadi pilihan utama rakyat malaysia untuk  shopping online.

Bloggers, anda dialu-alukan untuk sertai contest ini. Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut. Terima kasih.


love,
Yaya Yuki