Saturday, 13 July 2013

Ramadhan Tiba Lagi :) 2013

Assalamualaikum ........setelah berbulan-bulan daku tidak menulis di belog ni..
tiba2  jari - jemari halus ni terasa rindu pulak nk hupdate....

sebelum meneruskan bebelan ini...
aku Aleiya Mustafa a.k.a Blogger sempoi..
ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 


"semoga Ramdhan tahun ini lebih sempurna
dari sebelumnya :)"

Diam tak diam .. sisa baki kehidupan di tingkatan 5...tinggal lebih kurang 116 hari lagi....
dan TRIAL SPM tinggal 3 minggu lagi....
apa2 pun doakan aku eh :) supaya dapat yang terbaik.....

 di bulan Ramadhan yang mulia ini...
jgn lupa taw........

puasa mata dari melihat sesuatu yg sia2, puasa telinga dari mendgr perkara yg sia2 dan puasa mulut dari berkata2 perkara yg sia2 

itu sahaja untuk hari ini apa2 pun ASSALAMUALAIKUM :D


Sunday, 5 May 2013

Garnier Light Oil Control

Assalamualaikum hyeee gaisss

aku nak share pasal krim yang aku pakai ni..
espically untuk perempuan laaa kan..... kulit berminyak, jeragat, jerawat semua..
aku rasa dh seminggu dah aku pakai krim ni...
ternyata memang berkesan ......
(maybe korang dah lama tahu @pun kurang tahu so tak kesahlaa.. aku saja share sbb ianya berkesan ) 

TQ GARNIER :D


biasanya sebelum pergi sekolah aku hanya pakai krim ni jek....
serius weii kalau dlu bila balik kulit berminyak.,, berkilat semacam jek....now kulit aku dh tak berminyak and semakin haluss jekkk.... krim ni jugak membantu untuk mencerahkan kulit...
saja share sape yg tahu boleh laa mencuba krim ni untuk mengatasi masalah minyak yang berlebihan  di muka....

hihi oke laaa byeee :) selamat mencuba..

05-05-13

Assalamualaikum gaisss......
PRU13- 05-05-13 

maybe dah lambat laa kan untuk aku ucapkan selamat mengundi kepada semua rakyat MALAYSIA :) tapi tinggal beberapa jam lagi ni.. still ada untuk mengundi :D

 sila tunaikan tanggungjawab anda heee :)


suasana kat SENGGARANG ni perrhhhhh dia punya jemmm...
baru aku sedar ramai jugak ek penduduk pekan Senggarang..

btw, kau tahu tak?? senggarang ni kat mana???? tak kan tak tahu?? kampung halaman aku ni FEMES KOT.... tak pe lah kalau tak tahu aku bg tau..
senggarang ni terletak di BATU PAHAT... BATU PAHAT pulak di JOHOR..
JOHOR mesti laa korang tahu kan???? hah??? kalau berhajat nak datang kampung halaman aku boleh laa google map cari Senggarang kat mana eh :)


apa -apa pun Selamat mengundi :) rakyat MALAYSIA
bye2 :)

Sunday, 3 March 2013

Don't Judge A Person By its Look :D



Assalamualaikum :D lama tak update..rinduuu  hari ni nak share cerita..
jom laaa baca :) btw Selamat Hari Ahad


Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?" 


Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package." 

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya." 

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!" 

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual
pisang goreng dekat corner tepi
rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga
setelah balai polis tu." 

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya,
abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak
guna abah hantar kau ke Jordan  belajar agama kalau ko melawan
cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni." 

Pemuda:
"HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho." 
Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan
seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung
pendeknya. Ah, langsung tak ada
ciri-ciri isteri solehah idaman
kalbunya. Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran
keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si
pemuda dengan minah tu. 

Suami:
"Kalau saya suruh awak something boleh tak?" 

Isteri:
"Boleh. Saya isteri awak sekarang." 

Suami: "Awak pakai
purdah boleh tak?" 

Isteri:
"Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara
nak solat dengan betul,perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama
ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan
 siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak
tumpu pada saya, tapi satu kelas." 

Suami: "Emm..insya-
Allah.." 
Pemuda tidak sangka,
gadis yang disangka buruknya itu
lebih mudah menerima didikan
dan ajarannya. Tidak perlu
dipaksa untuk belajar. Mudah
menyerap segala ilmu yang diajar
bila hati berkeinginan untuk
belajar. Lama-kelamaan, kasih
tersemai, hati bertaut. 

Pemuda:
"Terima kasih, abah." 

Abah:
"Bagus, inilah dakwah seorang
suami. Kita bukan nak petik
mawar berduri. Tapi kita nak
tanam, baja dan semai pokok
bunga mawar. Bunga mawar yang
dipetik, pasti layu. Tapi bunga
mawar yang bersama dengan
pohonnya insya-Allah terus segar.
Kau paham tak?" 

Pemuda:
"Faham, abah. Anda mampu
mengubahnya." 

Abah: "Salah tu.
Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama. Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya.
Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh
dipakaikan purdah. Segalanya mungkin. Dengan iman dan
keyakinan tinggi pada Allah.

Sekian :D Assalamualaikum 

Monday, 11 February 2013

waktu-waktu untuk BERDOA

Dengan nama Allah yang maha Pemurah Lagi maha penyayang..
semoga rakan2 blogger semua.. beraada dalam keadaan sihat sejahtera

Waktu-Waktu Baik untuk berdoa :




Waktu Pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh
* Selepas setiap solat fardhu lima waktu
* Antara Solat Zuhur,Asar dan Maghrib
* Antara azan dan iqamat atau selepasnya
* ketika bangun dari tidur
* Selepas Membaca tasyahud akhir sebelum salam
* ketika hendak masuk dan keluar masjid
* Antara takbir solat hari raya
* Dalam khutbah Jumaat khutbah hari raya dan khutbah nikah
* ketika menziarahi makam Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi
* ketika Melakukan sesuatu perkerjaan dan urusan penting
* ketika membaca qunut bagi solat subuh
* Ketika ditimpa kesulitan.gundah-gulana dan rasa gelisah                                                          
* ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat andai yang sudah lama berpisah
* ketika hujan turun
* Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
* sepanjang malam terutamanya sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur
* ketika khatam 30 juzuk AL-QURAN
* ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.



Saturday, 9 February 2013

Wanita Muslimah Berfesyen


Semua orang dalam dunia sukakan kecantikan. Malah diri kita sendiri suka kelihatan cantik.Tambahan pula ALLAH juga menyukai sesuatu yang cantik kerana sifat ALLAH juga cantik.
Cantik? Apa makna cantik? Pada pandangan saya,cantik itu subjektif. Setiap orang lain takrifannya.
Setiap kejadian yang ALLAH jadikan semuanya cantik.
Secantik-cantik seseorang adalah akhlaknya.
Secantik-cantik agama adalah islam.
Secantik-cantik pakaian adalah taqwa.
Islam itu mudah,ringkas dan indah. Kita yang menyempitkan pemikiran kita mengenai islam.
Berfesyen itu tidak salah tapi kita yang menjadikannya sesuatu yang salah.
Islam sentiasa meletakkan garis panduan untuk umatnya dalam apa jua perkara.
Wanita sinonim dengan fesyen kerana wanita adalah sesuatu yang cantik sebenarnya.
Kalau diperhatikan, wanita ini sangat istimewa sehingga wujudnya surah An-nisa untuk wanita.Begitu kasihnya ALLAH pada kita.
Panduan berfesyen menurut Islam:
1)Menutup aurat
2)Pakaian longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh
3)Pakaian tidak jarang dan tidak nipis
4)Melabuhkan tudung hingga menutup dada
5)Pakaian tidak menyerupai lelaki
6)Pakaian tidak menyerupai orang kafir
Muslimah itu lebih cantik jika menutup auratnya.Percayalah.Aurat bukan suatu mainan!
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani"
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Sedih apabila melihat dunia hari ini.Perempuan dengan selamba menayang benda yang tidak sepatutnya.Banyak terjadi zina.Banyak maksiat yang semakin berleluasa dan dunia hari ini seolah-olah "biasa" dengan keadaan ini.Malu lah wahai wanita!Dirimu dicipta sebaik-baik kejadian. Secantik-cantik ciptaan.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
Tanpa kita sedari ada banyak hikmah yang ALLAH beri jika kita betul-betul ikut cara Islam.
Kesimpulannya,wanita tidak salah berfesyen asalkan mengikut syariat Islam.

Sunday, 20 January 2013

Duhai Hati Yang Bersedih

Assalamualaikum..




MULUT TerSENYUM namun MATA berair bagaikan menahan AIR MATA, MATA TAK BOLEH TIPU !!! MATA mula menitiskan AIR MATA...(T_T)...
MULUT Terus SENYUM unTuk menutupi keSEDIHan MATA... HATI mula TerLUKA..
AKAL berfikir, kenapa MULUT Tidak mahu bersuara apa yang dirasai HATI?...♥
Lantas MULUT pun menjawab" Aku malu,sedih,kecewa & marah disebabkan iTu aku merahsia keSEDIhan ini Dan aku juga tidak mahu mere...ka disekeliling bersedih disebabkan mendengar kata-kataku ini dan aku hanya mahu senyum."
Akhirnya AKAL pun Tahu jawapan kenapa MULUT xnak mereka Tahu keSEDIHannya...lalu HATI Terkejut apabila mendpt tahu kenapa mulut senyum...
MATA pula, Terus menangis x berhenti-henti kerana Tak dapat menahan keSEDIHan yang ditanggung selama ini...(T_T)...


Friday, 18 January 2013

Khabarkanlah Cintamu Kepada Allah


"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Memang benar apa yang apa yg terdapat dalam ayat di atas, dan saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;
1 ) Pendam dan luahkan pada Allah
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)
2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
 Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?" 

Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.
3) Jauhilah 'bercouple"
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang. 
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan ini kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran buat saya.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik. 

Thursday, 10 January 2013

The Tree Symbol In Islam


Islam has set forth the roots of its founding, the righteous path that will lead man to find what will calm his heart and mind. The path that will takes man to a new different level of self. Which will brings him to new kind of views and perspectives. People who has taken Al Quran and Sunnah as their guidance, may prosper in life and find peace in their heart.
To establish man's faith in Islam, man's first mission is to plan a tree and set the root or foundation so strong that any obstacle that may set forth, he will still stand and be strong. Here, the root of tree may refer to man's aqidah and man's knowledge in life. These is the main foundation to set man to a true and guided path where God has already laid them.
In general, as you probably already know, Iman is referred to as a root of tree and Islam as its trunk/branches while akhlaq referred to the fruits/flower. Same goes to parable which Muslim can be preferred to as a tree, the tree of Islam.
Ibn 'Umar reported: "The Prophet pbuh said:
"There is a kind of tree whose leaves do not fall and it is like the Muslim. Tell me what it is.' The people mentioned different kind of desert trees ... and I said to myself, 'It is the date palm tree,' but I felt too shy to speak up. Then the people said, 'Tell us what it is, O Messenger of Allah.' He said: 'It is the date palm tree.".
(AlBukhari, 60)
This is the tree to which Allah likens the believer because it is good in all aspects, it is lasting and it offers different kind of benefit.
Islam and Muslims had been up until the middle of the 18th century like a magnificent tree, with strong branches and verdant twigs, glowing with vigor, freshness and splendour, and bearing with abundance the most scrumptious of fruits.
Now we have passed the ages where the trees were used to be full of good branches and delicious fruits on its twig. Muslim nowadays are just normal man that has no direction, their path to glory have slowed down little by little. Let's face it, population of Muslim in the world is nearly two billion people as of today. Our brothers in Syria, Palestine, Iraq, Thailand and many more are suffering because of the violence that other people created. Probably because of hatred. Nevertheless, let me ask this one question. Out of two billions of Muslim, how many of us are in straight path?
How many of us wishes to see the glory of Islam once again? How many of us wishes to participate in it?

Hearts of people are different in many ways, maybe in real life they're good to one another, but at the back? they're backbiting and many more. These people who has this sorts of murkiness in their heart are people who don't like to see other people moving on. Moving towards the right direction.
If we were to unite as one, one ummah, we have created a strong base, a strong foundation to fight these people who has the hatred against Islam in their heart and to those who are astray. These line (ummah) are the trees combined that could set a barrier that will stop and prevent all the bad and awful stuff that has been happening to our brothers and the religion itself.
Please keep in mind, to have a strong base or foundation, we need to remember the roots of Islam is Iman and good akhlaq, without it, the structure of the tree is merely nothing. Easy to crumble when facing the enemy.
Trees (Islam) can give man a huge and valuable lesson about life. Man relied heavily on the structural lesson of the tree. However we choose to ignore. Ignore the fact that, trees lived longer than man and has seen and experience the nature of human and also earth. Other than that, same goes to a Muslim, Muslim can really and eventually change the world with their knowledge guided by the Quran and Sunnah.
"Have you not considered how Allah presents an example, [making] a good word like a good tree, whose root is firmly fixed and its branches [high] in the sky?. It produces its fruit all the time, by permission of its Lord. And Allah presents examples for the people that perhaps they will be reminded."
(Surah Ibrahim Verses 24-25)
Principles and values, spiritual and moral development is the strong roots in the Muslim community. While the Muslim communities are encourage to face challenges and changes of life independently like a tree branches that grow so well independently until lifted high into the sky.
We must overcome the challenges and any changes that might effect our minds to be a good Muslim in the future. We must rely on Allah in any problems that we faced. Also not to forget, to use Al Quran and Sunnah as the source of guidance. Wallahualam.

Sunday, 6 January 2013

Macam Mana nak letak widget Instagram

Assalamualaikum..
haaa sekarang nie kan tgh popular pasal INSTAGRAM
kan?? mesti semua yang pakai android atau IOS atau apa2 yang seangkatan dgnnya mesty ada instgrm kan...
korang mesti nak letak widget instagram kat blog kan??
supaya orang lain yang usha2 blog korang pun boleh follow insta korang sekali..

aku nak ajar kat korang macam mana nak letak widget instagram yang akan keluar 4 pic tuh..
macam kak lyssa Fazureen punya
cara nya macam nie
yang dh tahu.. oke laa nie untuk yg tak tahu jek k

pergi sini

isi2 semuanya dgn betul n click Generate Code 
lepas tuh --> layout-> add gadget---> edit HTML
paste kan code di situ

** sekiranya... gambar tidak keluar itu bermakna pic2 di instagram anda adalah private...
so tukar laaa 

macam mana nak tukar login ke sini


lepas tu


User page > Settings (top right corner) > Photos Are Private > Select OFF
oke dh siap nanti muncul laa pic anda tu...
Alang-alang follow laa Insta kita nie
http://instagram.com/khyra_aleiya/
selamat try :) any problem sila comment k :)