Friday, 24 April 2015

Jejak Menara Johor 2015 The best

Entri ke II

Pada 11 April 2015 yang lepas yaya menghadiri program Jejak Menara 2015 Johor anjuran YADIM (Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia) di Universiti Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor.


sedikit Review tentang program ini ialah

sesuai untuk pelajar macam yaya ni sebab dalam program ini ada membincangkan tentang

*Prospektus Kerjaya
* Perkongsian bersama fasilitator dengan tajuk "Persiapkan Dirimu" dan
*Motivasi Bersama ikon undangan JM dengan tajuknya "Mahasiswa mecipta masa depan umat"


gambar di atas ialah gambar kumpulan yaya iatu Kumpulan 8 bersama Abang Fasilitator.


Harapan Yaya ialahyaya nak jadi salah seorang dari sahabat YADIM  Jejak Menara boleh dibuat seperti Kem yang mengambil masa 2-3 hari :) 

sampai sini sahaja perkongsian dari yaya :) 
Thanks for reading

love,
yaya yuki

Monday, 13 April 2015

Hipokritkah Aku???

Hipokrit kah Aku?????




Sebab apa? Sebab biasanya, orang yang nak berubah, dia akan down dan lemah semangat untuk berubah sebab orang kata dia hipokrit, lepas tu entah apahal dia pun terpedaya dengan kutukan-kutukan orang, dan akhirnya dia pun rasa yang dia ni hipokrit, lepas tu dia tak jadi nak berubah.

betoi dok? Betoi kn.. Gerun btol?


Padahal, sebenarnya, dia pun tak tahu hipokrit tu ape, dan orang yang kutuk dia hipokrit tu pun bukan tahu hipokrit tu apa. Pastu bajet gempar, kutuk2 orang lain hipokrit. Jeles sangat nak tngok orang berubah. Yang nak berubah pon satu hal, baru kena kutuk sikit dah down.



Sahabat nabi kena seksa teruk gila, sikit pon mereka tak down. Teka sebab apa? Sebab sahabat nabi IKHLAS nak berubah. Tapi kita, berubah TAK IKHLAS. Kita berubah supaya orang puji dan suka kita. Sebab tu bila kena kutuk sikit, sah rasa tension, tertekan, stress pastu give up dan jadi jahat semula.



Apakah? What that

Tapi, pokoknya ialah, sebenarnya, hipokrit tu benda apa seyh? Adakah hipokrit itu bermaksud talam dua muka? Ke talam tiga muke? Ataupun talam tak ada muka? Atau depan orang baik, belakang orang jahat? Atau ada maksud lain? Maka dengan ini, saya akan cuba terangkan secara detail,

APAKAH ITU HIPOKRIT yang sebenar.

 Lets continue our research about what is hipokrit?


Apa tu hipokrit? Makanan ke? Binatang ke tu? Haaaa...



Hipokrit itu adalah satu sifat yang sangat tercela, dan Allah amat marah pada orang yang hipokrit ni. Bukan setakat Allah marah, takde orang yang suka kawan dengan orang hipokrit ni. Semua orang benci tahap dewa dengan orang yang hipokrit ni.


Sebab apa? Hah? Apa sebabnya?

Kerana benda ini akan membuatkan tarbiah kita terbantut kalau kita tak buang awal-awal. Benda ini bukan benda kecik, bukan benda yang kita boleh pandang remeh. Tapi ini isu jatuh bangun diri kita.


Hipokrit ini sangat bahaya! Sifat ini akan menghancurkan diri kita dan akan menyusahkan ramai pihak lantaran hipokritnya kita. Jujur saya kata, andai kita ada sifat ni, hati kita time tu sangat kotor, busuk dan kotor dan busuk dan kotor dan masam.



Actually, hipokrit yang semua orang faham ialah bila kita depan orang baik, tapi bila belakang orang, kita jahat. Sebenarnya, tu bukan hipokrit!



Hakikatnya, hipokrit ialah : ''Bila depan orang, dia berpura2 baik, dan pada masa yang sama, dia amat BENCI kebaikan tersebut, dan ingin lari dari kebaikan tu. Dan pabila di belakang orang, dia jahat, dan dia amat sukakan kejahatan yang dia lakukan!''

Itulah hipokrit!


Dahsyatkan orang yang hipokrit ni. Gerun plak saya. Semoga kita dijauhkan dari hipokrit ni.

Saya bagi satu contoh situasi ye. Untuk anda lebih faham lagi. In shaa Allah.


Contohnya di sekolah. Sekolah tu sekolah islam misalnya. Ada peraturan2 sekolah dan suasana islam di sekolah tu. Sekolah tu amat menitik beratkan spye setiap pelajar menjaga ikhtilat. Tapi apa yang terjadi, kau amat benci dengan peraturan tu. Kau rase tertekan dan tak selesa serta mencaci maki dalam hati kau tentang peraturan tu.

 Kalau boleh, kau nak ikhtilat, kau nak cakap dengan crush kau, kau nak berbalas cinta dengan crush kau.


Tapi kau tahu kalau kantoi, kau akan kene denda. Maka kau pun TERPAKSA jaga ikhtilat kat sekolah. Bila start je cuti maka kau pun rasa BEBAS, kau amik henset, kau bukak FB/twitter/ig, kau mula chatting dengan berlainan jantina, kau twit benda-benda teruk, bahkan kau rasa best dan PUAS bila kau dapat benda2 macam tu!

Itulah hipokrit!


Kata kunci hipokrit ialah 

  • berpura2 baik.
  •  Melakukan kebaikan kerana terpaksa dan dia BENCI akannya. 
  •  Cintakan kejahatan.
Tetapi...


Ada satu keadaan yang mana ramai orang anggap perkara ini adalah hipokrit.

Keadaan itu ialah : ''Bila depan orang, dia baik. Dan pada masa yang sama, dia amat CINTAKAN kebaikan tersebut dan ingin kekal dalam kebaikan itu. Namun, apabila di belakang orang, dia terjatuh tewas dengan dosa, dan dia amat BENCIKAN dosa yang dia lakukan....''
Ini sebenarnya bukan hipokrit! Ini adalah lumrah hidup!


 Saya hurai panjang sikit ye


Bila di depan orang, dia baik, dia amat CINTAKAN kebaikan itu, dan dia amat berharap agar dia sentiasa berada dalam kebaikan itu. Tetapi, apabila di belakang orang, apabila dia duduk sorang2, dia melakukan kejahatan. Tetapi, hakikatnya, DIA AMAT BENCIKAN kejahatan yang dia lakukan. Dia hanya TERJATUH dan tergelincir serta tewas dengan nafsu, dan di sudut hati kecilnya, dia amat bencikan dosa dan maksiat tersebut! Serta dia amat berharap agar dia dapat BEBAS dari dosa tersebut.....
Saya ulang, ini bukan hipokrit. Kata kuncinya ialah 
1) Rasa semangat utk melakukan kebaikan bila ada suasana.
2) Cintakan kebaikan dan berharap agar dia KEKAL di dalam kebaikan.
3) Benci maksiat.
4) Jika terjatuh dalam maksiat, dia menyesal dan bertaubat.

Hakikatnya, MUSTAHIL untuk kita sentiasa baik 24 jam. Memang fitrahnya, apabila kita duduk ramai2 dengan kawan-kawan kita, maka akan rasa semangat utk buat baik. Tapi bila duduk sorang-sorang kita akan rasa susah nak buat baik. Dan, lantaran tak mampu kawal nafsu dan lawan nafsu, akhirnya kita terjatuh dalam perangkap syaitan. Lepas tu, kita diselubungi rasa bersalah, rasa gelisah, dan bertaubat pada Allah.
Ini bukan hipokrit!

Namun, takkanlah kita nak berulang ulang kali buat maksiat dan jatuh dalam lubang yang sama? Apa usaha kita utk bebas dari maksiat?

Kesimpulannya, kita haruslah check balik diri kita. Sejauh mana kita ni nak berubah. Adakah kita ni hanyalah seorang yang PURA-PURA, atau kita betul-betul ikhlas? Check semula diri. Hanya kita sahaja yang tahu, apa yang ada pada diri kita.

Kalau kita betul2 ikhlas, maka yakinlah dengan perubahan yang kita lakukan. Jangan hirau langsung tohmahan orang. Jangan bagi alasan-alasan yang tak munasabah contohnya : ''Susahlah nak berubah...'' ''Saya tak tahu macamana nak berubah...'' dan lain2.

Alasan ni semua timbul sebab kita tak ikhlas. Kalau betul kita ikhlas, kita akan sanggup BERKORBAN dan BERSUSAH PAYAH untuk mencapai redha Allah. Sebab, penghalang besar utk kita berubah ialah alasan2 yang kita sendiri timbulkan lantaran kita tak sanggup utk berkorban!
Saya ulang : '' Penghalang besar untuk kita berubah ialah alasan-alasan yang kita sendiri timbulkan lantaran kita tak sanggup utk berkorban!''



sekian,

thanks for reading
love,
im yaya yuki :)

Tuesday, 7 April 2015

Bahas Ala Parlimen dan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Assalamualaikum readers blog yaya yuki yang gojes dan handsome selalu :) first at all aku rindu sangat nak typing dekat blog :( akhirnya dapat juga..

hampir sebulan macam tu kot aku menyepi, ini bukanlah kerana aku stress dengan menulis, atau lari dari dunia blogging dan pindah ke tumblr eh??? haha alang2 dah tercakap aku baru jek join tumblr haha kesian kan?? yaya yuki tertinggal bas :( , ok actually tumblr tu hanyalah untuk penulisan english sepenuhnya sahaja, my online diary tajuk dia nak visit?? ok sure sila ke http://yukitourelove.tumblr.com/

aku belum tulis banyak pun dalam english online diary aku ni, insyaaAllah ada masa terluang aku akan catat kan semua yang aku tulis manual ni, ke dalam my virtual diary :)

okay seperti tajuk di atas tu "Bahas Ala Parlimen dan Ujian Kelayakan Calon Guru"

Bahas Ala Parlimen

Pada 25/3/2015 aku telah dipilh untuk bertanding bahas ala parlimen selaku Menteri Pertahanan Pembangkang.So nak cerita sedikit pengalaman for those yang akan pergi bertanding ke here some tips

1) Yakin. Bila anda dah duduk di kerusi meja tempat anda bahas tu, anda sama sekali tidak dibenarkan untuk menunjukkan muka yang takut.kerana dari situ pihak lawan akan mengambil kesempatan untuk downkan kita lagi just relax and buat muka poyo acah-acam macam dah biasa wakil bahas ke negeri and kebangsaan hehe :) ini hanyalah untuk membuat diri kita yakin 200%
and say to your soul, dear you can do it laaa :)

2) Google seberapa banyak idea yang boleh agar kita tak tergagap waktu cakap selama 8 minit :)

3) Jangan Terlalu Kerap Membantah pihak lawan.Cukup sekali kita membantah.Sebagai contoh, saya menolak pendapat yang berhormat. ini untuk pertama kali bahas, untuk menolak idea kedua pihak lawan pula lakukan secara paling hormat.Contohnya : saya menghormati pendapat yang berhormat menteri pertahanan, tetapi saya mempunyai idea yang lebih relevan untuk diutarakan :)

dan yang terakhir

4) Sambut mohon celahan dengan sopan.Maksudnya apabila pihak lawan kita memohon celahan sila beri,jangan pentingkan ego kita sahaja untuk terus berbicara,di situ terserlah rasa hormat kita pada pihak lawan.


for those yang belum ada pengalaman membahas , silalah cubalah try test join sebab memang ianya adalah sesuatu yang pengalaman yang berharga :)
'pembahas itulah saya' :)

ok kita tutup cerita ini dengan sekeping gambar

let see

* Alamak hakak terfeeling2 Lawyer pulak * :D

Cerita II

Alhamdulilah syukur kehadrat illahi pada 2 April yang lepas aku terpanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Tajaan KPM 2015.
sebenarnya ini adalah kali kedua aku mencuba nasib untuk masuk IPG ,kali pertama tahun lepas aku mohon dapat, then aku dapat UKCG ni di Kuala Terengganu aku terexcited sangat masa tu, terus packed2 barang 3 beg kata kau. macam nak pindah duduk sana terus masa tu sbb excited :)

dan paling happy sangat bila aku lepas UKCG dan terpanggil ke interview dekat jek di IPG Batu Pahat , tetapi rezeki tidak memihak pada aku, untuk saringan terakhir ni aku tersingkir.

untuk tahun 2015 ni aku try lagi mohon, dan alhamdulilah dapat. mudah-mudahan ada rezeki tahun 2015 ni :)

cita-cita selain nak jadi Peguam, ialah nak jadi pendidik tak kesah sama ada Lect ke Teacher ke semua boleh :)

for those yang tengah tunggu result untuk ke interview i wish u good luck ye :) buat yang terbaik 

ok untuk yang ni kita tak sempat selepie hihi.

that all for this night Thanks For reading

Good Night everyone :)

Love.
Miss Yaya Yuki