Wednesday, 22 June 2016

Resepi : Pau Cendawan



UNTUK INTI

2 biji bawang holand
1 tin cendawan butang
Isi ayam potong kecil
3 sudu butter untuk tumis
2 cubit serbuk lada hitam
1/2 tin sup cendawan (tin kecil)
3 keping keju cheesedale
3 biji kentang parut
1 biji carrot parut
1 sudu kecil serbuk ayam Tumix


CARA-CARA

Tumis bawang sehingga layu. Masukkan ayam dan tunggu separuh masak. Selepas itu, masukkan kentang dan carrot. Tunggu sampai lembut.

Bila sudah lembut, masukkan sup cendawan tadi. Tunggu sehingga pekat sedikit, masukkan keju. Taburkan lada hitam, serbuk Tumix, gula dan sedikit garam.

UNTUK BANCUHAN COKLAT

2 sudu serbuk coklat
2 sudu tepung beras
Sedikit air untuk bancuh. 
Bancuh seperti bancuh water colour. Tak pekat sangat, tak cair sangat.

UNTUK DOH

300 grm tepung pau
Sedikit garam (gaulkan 2 bahan ini)
Setengah paket yis mauripan
2 sudu besar gula
1 sudu besar shortening

2 sudu besar susu pekat, 2 dua besar gula kacau dalam setengah gelas air suam. Selepas itu masukkan serbuk yis. Tunggu 15 minit atau sampai yis kembang naik buih.

Bila dah kembang yis masukkan dalam tepung uli sekejap kemudian tambah shortening. Kemudian uli tepung sampai lembut. Selepas itu rehatkan doh dalam 20 minit. Dah rehat dan kembang, tumbuk-tumbuk sikit doh dan uli lagi seketika. Dah lembut, bahagikan doh kepada 10. Ambil sedikit doh simpan untuk buat batang cendawan.

Doh yang dibahagia tadi bolehlah diisi dengan inti. Dah isi inti, sapukan bahagian atas dengan coklat cair tadi menggunakan berus. Tunggu 40 minit, baru kukus. Kukus dengan api besar selama 10 minit. Penutup kukus itu balut dengan bain. Kukus batang pau yang telah digentel sekali. Dah masak, buat lubang belakang pau. Kemudian celup batang pau dengan coklat cair tadi. Baru cocokkan batang cendawan dalam lubang bahagian bawah pau itu. Selepas itu, kukus lagi selama 5 minit.

Done, dah siap pau! Dah boleh dihidang dan dimakan. 

Resipi kredit to
Mariyana Nana (https://goo.gl/05bvL4)
dan Fb fanpage My Media Hub

Selamat mencuba .

Thanks for reading.
Love,
Yaya Yuki

Tuesday, 21 June 2016

Wajah Terkini Pelakon Diari Ramadhan Rafique.

Assalamualaikum semua :) korang ingat tak cerita ni laa selalu yang kita tengok sebelum tunggu waktu berbuka kan. Rindu. Ramadhan kali ni, Tv3 menyiarkan semula cerita ni pkul 5 petang. Kalau free-free tengok laa boleh mengimbau kenangan dulu-dulu masa kanak-kanak ribenna. hehe.
Ini lah wajah Pelakon utama diari ramadhan Rafique terkini.

Handsome ek? besar dah budak ni hihiks.

Thanks for reading.
Love,
Yaya Yuki

Sunday, 19 June 2016

Tutorial : Cbox ala-ala Yaya Yuki

Assalamualaikum hai semua nak share tutorial macam mana Yaya buat cbox letak dekat tepi tu :)

1- Pergi ke http://www.cbox.ws/.
2. Login.



3. Pergi ke look & feel pilih theme editor. Dekat sini korang boleh set nak cbox look macam mana pastel ke block colour ke set di sini ye. Kemudian save.





4. Selepas save tekan "get your new code" tu ye.



5. Kemudian, dekat "code variation" pilih pada fixed button.



6. Kemudian, copy to clipboard.

7. Buka layout--add gadget--Html--paste kan di situ.

okay done.
Kalau ada masalah, tinggalkan komen di bawah ni ye.

Thanks for reading.

Love,
Yaya Yuki

7 Nasihat Rasulullah S.A.W untuk bekal hidup di akhir zaman.

Assalamualaikum :).
7 Nasihat Rasulullah S.A.W untuk bekal hidup di akhir zaman ialah 








Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kite memperbaiki diri dari semasa ke semasa. 
Thanks for reading.

LOVE,
Yaya Yuki

Resipi : Sos Cheesy Wedges Meletop Ala-Ala KFC



Assalamualaikum hai semua. Yaya tahu sos cheesy ni mesti fevret semua orang kan. Kalau pergi KFC tu confirm cheesy wedges ni wajib korang order kan??
hehehe. Sos cheesy ni makan dengan ayam goreng pun sedap, cicah dengan nuget pun okay macam-macam makanan sebenarnya sesuai makan bersama sos cheesy lagi meletop gitu. 

Bahan-bahan

Butter
Susu
Tepung gandum
Kepingan cheese
kiub pati ayam
serbuk lada

Cara-cara

Mula-mula kena panaskan butter sehingga cair. Kemudian, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati. Masukkan pula kepingan cheese, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sehingga masak.

Okay done! Selamat mencuba korang.

Thanks for reading.

Love,
Yaya Yuki

Saturday, 18 June 2016

resipi : MEE GORENG

Sumber resipi kredit to FB Fanpage : Resipi Masakan Istimewa by Qamra Lyssa


Bahan-bahan

500 gm mee kuning
100 gm udang
100 gm fish ball
4 keping kuih cucur udang
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi 
3 sudu cili mesin.
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
3 sudu sos tomato/cili 
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
1 cawan putih telur
3 biji cili hijau [hiris nipis]
1 kiub ayam/daging

Cara menyediakan

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili dan rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake/tauhu. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap, sos cili dalam mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering. 
9. siap dah hidangkan..sertakan limau nipis or limau kasturi untuk penambah selera.

Dah Siap!

Sharing is caring. Thanks for reading.

LOVE,
Yaya Yuki

Resipi : MEE KARI PENANG

Sumber resipi kredit to FB Fanpage : Resipi Masakan Istimewa by Qamra Lyssa


Stok Ayam:
2 keping dada ayam
2 kiub ayam
garam secukup rasa

**Rebus dada ayam bersama air, kiub ayam dan garam hingga ayam empuk
Bila ayam dah empuk, keluarkan dan di siat-siat halus. Ketepikan
Air rebusan ( stock ayam ) simpan untuk menyediakan kuah curry mee nanti.
**Sementara kita menunggu stock ayam siap kita boleh sediakan sambal atau chili oil yang akan di makan bersama curry mee nanti

Sambal:
15 tangkai lada kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
3 tangkai cili merah ~ kisar halus
2 sudu besar udang kering ~ di rendam hingga lembut kemudian di kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
1 inc belacan ~ di kisar halus 
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

**Semua bahan di atas kita kisar sekali hingga halus. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.
**Sekarang kita sediakan pula bahan-bahan untuk kuah mee

Kuah Mee Kari:
2 liter Stock Ayam / air rebusan ayam
air rebusan kerang / air rebusan udang jika letak udang
3 sudu besar rempah kari daging Babas
2 batang serai ~ di titik
1 ketul gula batu atau gula Melaka
minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
2 cawan santan
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
1 sudu besar ketumbar
3 batang serai ~ ambil bahagian yang putih sahaja, hiris dan kisar
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar

Bahan Lain:
10 ketul tauhu pong
2 keping fish cake
10 biji fish ball
kerang ~ di rebus
taugeh
Kacang panjang celur
mee kuning
mee hoon

Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan serai, daun kari dan bahan kisar, hingga harum dan terbit minyak
Masukkan rempah kari daging yang di bancuh dengan sedikit air
Masak hingga garing
Masukkan stock ayam dan air rebusan kerang atau udang, dan biarkan ia merenih
Masukkan asam keping dan gula batu atau gula Melaka
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah mendidih
Kemudian masukkan santan sambil di kacau agar tidak pecah santan
Akhir sekali masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pong
Masak kuah hingga semua bahan di masak sempurna 

**Kelainan Penang Curry Mee kerana ia di makan bersama dua jenis mee yang berbeza iaitu mee hoon dan mee kuning. Mee hoon tu kita rendam dahulu hingga lembut kemudian di rebus sebentar. Bila dah lembut angkat dan toskan. Sementara mee kuning kita celur sebentar

Cara menghidangnya pula, letakkan sedikit mee kuning dan sedikit mee hoon ke dalam mangkuk
Tuangkan kuah curry mee kita tadi
Hiaskan dengan hirisan daging ayam, kerang rebus, taugeh dan kacang panjang yang di celur jangan lupa di makan bersama sambal cili kita yang power.

done!

Sharing is caring. Thanks for reading.

LOVE,
Yaya Yuki

Resipi: MEE REBUS JOHOR

Sumber resipi kredit to FB Fanpage : Resipi Masakan Istimewa by Qamra Lyssa


Bahan bahan

3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2inchi halia
2 batang serai
1/2 inchi lengkuas
1/2 mangkuk kecil buah keras
2 biji keledek - rebus
1 mangkuk ikan bilis rebus ( yang ini siap direbus ya bukan kita rebus sendiri )
1 mangkuk udang geragau rebus ( yang dah siap dijual rebus , kalau rebus sendiri airnya tak perlu diambil ) – Udang geragau rebus
** Kalau takde guna isi udang fresh sahaja
**Kukus isinya kemudian dikisar halus 
1/2 mangkuk kecil taucho ( lenyek kasar )
2 keping tempe dikisar halus
1/2 kg daging tetel - rebus ( air rebusan jangan dibuang )
1 1/2 senduk nasi rempah daging
Gula garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1- Kisar bawang besar bawang putih halia serai dan lengkuas
2- Panaskan minyak dan tumis garing 
3- Bila dah garing masukkan rempah kari daging dan masak sehingga pecah minyak.
4- Matikan api dan ketepikan.
5- Kisar keledek udang geragau ikan bilis buah keras dan tempeh. Nak kisar semua sekali pun ok nak kisar asing pun ok. Taucho dilenyek kasar jika nak kisar halus pun ok.
6- Satukan kesemua bahan diatas bersama air rebusan daging ini dan masak sehingga mendidih.
7- Tambah air jika perlu. Jangan terlalu banyak nanti kuahnya cair
8- Bila dah mendidih masukkan rempah yang telah ditumis tadi
9- Masak sehingga pekat
10- Masukkan garam gula dan perasa
Done!

Sharing is caring. Thanks for reading.

LOVE,
Yaya Yuki

Resipi : Mee Bandung Muar

Sumber resipi kredit to FB Fanpage : Resipi Masakan Istimewa by Qamra Lyssa


Bahan-bahan

Mee kuning
1 labu besar bawang merah besar
5 ulas bawang putih
3 sudu cili kisar
2 sudu besar kacang tanah *digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.
1 sudu besar udang kering (tumbuk) *kalau suka boleh lebihkan. 
Daging *hiris nipis dan direbus.
Air rebusan daging
Ayam /Sotong /Udang *ikut suka nak letak apa
Ubi keledek oren *rebus dan tumbuk/lenyek/kisar
Sos cili 
Sos tiram 1 sudu besar
Kiub pati ayam
Garam, gula secukup rasa
Telur, Fishball, fishcake,
Sayur sawi 
Cili padi merah/ cili besar
Daun sup, Limau kasturi, Bawang goreng

Cara-cara

Kisar bawang dan tumis dengan cili kisar. Tumisla sampai cili masak dan wangi. Kemudian masukkan udang kering dan kacang tanah. Kacau-kacau bagi garing.
Kemudian saya letakkan ayam yang dipotong kecil-kecil, dan sedikit air, sebab tak ada stock daging, jadi, air rebusan daging pun skip la. Biasanya saya letak daging, kuah rasa lagi kick!
Pastu kacau-kacau ayam sampai separuh masak bolehla tambah air utk kuah. Agak-agakla air tu ye. Kemudian, letakkan isi keledek, kiub pati ayam, garam, gula dan juga lauk-lauk lain seperti sotong, udang, fishball, dan fishcake.
kemudian pecahkan telur. Akhir sekali, masukkan sayur, daun sup dan cili merah. Kemudian tabur bawang goreng dan perah limau kassturi di hidangan masing-masing. Kalau ada cili jeruk lagi best .

Sharing is caring. Thanks for reading.

LOVE,
Yaya Yuki

Resipi : Sambal Belacan Power

Assalamualaikum semua :) hari ni korang ifthorrr apa? yaya hari ni ifthorr ayam kari, lempeng (menu wajib), sayur campur dan sedikit kuih. Malam ni yaya nak sharekan resipi-resipi yang vavavoommm dari Facebook. Manalah tahu kalau dah bosan asyik masak menu sama kan? haaa jom ke Belog Yaya Yuki ni. Yaya kongsikan resipi-resipi hebat yang yaya dah kumpul di FB.

Sambal Belacan Power
Biasa nya ada sesetengah orang tak ada benda-benda pedas ni dia tak lalu nak makan kan?. ada-ada orang juga yang kadang-kadang tak ada mood nak makan. Jadi, boleh laa cuba buat sambal belacan power ni untuk meningkatkan selera anda.
Sumber resipi ini juga dikreditkan ke Fb Page Dapur MK

Bahan-bahan

5 biji lada merah + cili padi (utk pedas)
5 ulas bawang merah
1 biji tomato (belah 6, supaya senang nak tumbuk)
Sejemput ikan bilis
1-1/2" belacan
Sedikit gula melaka (sikit jer tau)
Cara;
Semua bahan digoreng dengan minyak (eloknya ikan bilis goreng berasingan).
Satukan dan tumbuk. Sedap makan dengan nasi panas.


 
Tengok pun dah terliur yaya ni huhu al maklum laaa kita ni hantu sambal belacan hehehe. Jom laa cuba :)

Sharing is caring. Thanks for reading.

Love,
Yaya Yuki

Friday, 17 June 2016

Syahoney Kitty Shoppe Giveaway


Bermula 14 June 2016 sehingga 20 june 2016.
Jom join. Good luck

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016


JLM2016 Sales price: RM17.00
Date: 17/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 240 units only

JLM2016 Sales price: RM22.90
Date: 27/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only

JLM2016 Sales price: RM8.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only 

JLM2016 Sales price: RM33.30
Date: 16/06/2016
Time Start: 3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

Product: Watches
JLM2016 Sales price: RM15.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only

Thanks for reading.
Love,
Yaya Yuki

Thursday, 16 June 2016

Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru


1. Shawl x 3 (2 Shawl Madinah, 1 Shawl Vietnam)
2. Purse Kipling x 1
3. Keychain Vietnam x 7

Tamat : 28 Jun 2016 jam 11.59 malam

Jom join. good luck

Segmen Memori Berkasih Ucing Follow

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/06/segmen-memori-berkasih-ucing-follow.html

Segmen Memori Berkasih Ucing Kadayan Berkaraoke.Memori Berkasih adalah lagu lama yang tengah bangkit kembali dan selalu di mainkan di Radio dan Siaran Tv.jadi Ucing pun tidak pula ketinggalan untuk menyanyikan lagu ini.

Kebanyakkan Segmen Ucing meminta Anda Follow.Tetapi lain pula kali ini,Ucing pula yang Follow Anda.!

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Tonton Memori Berkasih Ucing Kadayan Berkaraoke.
2) Klik Share Button Facebook atau Twitter yang ada di Youtube (Share ke Media Social Anda)
3) Buat tajuk post "Segmen Memori Berkasih Ucing Follow"
4) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
5) Tinggalkan Url Post Anda dan Nama Akaun Facebook atau Twitter setelah Anda share Youtube Tadi Ke Ruangan Komen Disini.

Ucing akan Follow Akaun Facebook Atau Twitter Anda setelah mentepati Syarat-syaratnya.Tamat Segmen 23-6-2016.Blog dan Media Social Perserta akan di Senaraikan setelah Tamat Segmen ini.

Potret Lukisan Yaya Yuki dah Siap.

Assalamualaikum hai semua :). Salam Ramadhan yang ke 11 hari. Yaya nak share potret lukisan yaya yang seindah lukisan mimpi hihik. Jemput tengok. Kalau sama seperti yang asal jemput komen. Lukisan ini telah dilukis oleh saudara Jagat.


Tengah on the way ni. Dah ada nampak macam Yaya Yuki tak? ihiks.


Okay work done. Siap dah. Gambar ini adalah inspirasi dari gambar yaya yang ni


Thanks a lot pada Saudara Jagat untuk lukisan ni.

Thanks for reading.

Love,
Yaya Yuki

Tuesday, 14 June 2016

Lebih Baik Tiada, Daripada Pakai Yang FAKE!

Assalamualaikum semua. Yaya nak share maklumat yang dapat dari Instagram dikongsikan oleh saudari by_Myna. Jom baca. Bahaya pakai barangan Fake ni. Termasuklah supplement skincare, make up. Please be careful. Lebih baik tiada, daripada pakai yang FAKE!. Ini bukan sebab keserasian seseorang terhadap sesuatu produk. Tapi kadang-kadang benda yang fake ni kita taktahu apa bahan-bahan yang digunakan.



Sharing is Caring.
Love,
Yaya Yuki

Friday, 10 June 2016

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?


Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 
Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.
Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.
1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 
CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!
Wassap : 0196141393
Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.
Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz

#Terkini Seorang Kanak-Kanak Putus 3 Jari.

Assalamualaikum semua. Pagi ni scroll Twitter terjumpa satu berita seorang kanak-kanak di Kuala Kangsar kehilangan 3 jarinya akibat bermain MERCUN!. Aduhai adik-adiku sayang apa ertinya dik nak raya nanti tanpa jari, one more thing jari bukan macam rambut yang boleh tumbuh dan jari juga tak ada jual di kedai dik tak ada. 
Hampir setiap tahun kes macam ni sentiasa ada. Apa manusia memang tidak boleh belajar dan ambil pengajaran dari perkara-perkara yang lepas ke? sebab tu kita kena belajar dari sejarah supaya tidak mengulangi kesilapan yang lepas.



Mudah-mudahan adik ni diberikan ketabahan untuk menjalani hidup selepas ini dan cepat sembuh. Semoga ini juga dapat beri pengajaran kepada adik-adik di luar sana janganlah main mercun dik. #SayNoToMercun.
Kepada parents juga please halang anak-anak anda dari main mercun.

Pesanan mesra ini ikhlas dari 
Yaya Yuki.
Thanks for reading.