Saturday, 18 June 2016

Resipi : MEE KARI PENANG

Sumber resipi kredit to FB Fanpage : Resipi Masakan Istimewa by Qamra Lyssa


Stok Ayam:
2 keping dada ayam
2 kiub ayam
garam secukup rasa

**Rebus dada ayam bersama air, kiub ayam dan garam hingga ayam empuk
Bila ayam dah empuk, keluarkan dan di siat-siat halus. Ketepikan
Air rebusan ( stock ayam ) simpan untuk menyediakan kuah curry mee nanti.
**Sementara kita menunggu stock ayam siap kita boleh sediakan sambal atau chili oil yang akan di makan bersama curry mee nanti

Sambal:
15 tangkai lada kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
3 tangkai cili merah ~ kisar halus
2 sudu besar udang kering ~ di rendam hingga lembut kemudian di kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
1 inc belacan ~ di kisar halus 
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

**Semua bahan di atas kita kisar sekali hingga halus. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.
**Sekarang kita sediakan pula bahan-bahan untuk kuah mee

Kuah Mee Kari:
2 liter Stock Ayam / air rebusan ayam
air rebusan kerang / air rebusan udang jika letak udang
3 sudu besar rempah kari daging Babas
2 batang serai ~ di titik
1 ketul gula batu atau gula Melaka
minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
2 cawan santan
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
1 sudu besar ketumbar
3 batang serai ~ ambil bahagian yang putih sahaja, hiris dan kisar
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar

Bahan Lain:
10 ketul tauhu pong
2 keping fish cake
10 biji fish ball
kerang ~ di rebus
taugeh
Kacang panjang celur
mee kuning
mee hoon

Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan serai, daun kari dan bahan kisar, hingga harum dan terbit minyak
Masukkan rempah kari daging yang di bancuh dengan sedikit air
Masak hingga garing
Masukkan stock ayam dan air rebusan kerang atau udang, dan biarkan ia merenih
Masukkan asam keping dan gula batu atau gula Melaka
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah mendidih
Kemudian masukkan santan sambil di kacau agar tidak pecah santan
Akhir sekali masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pong
Masak kuah hingga semua bahan di masak sempurna 

**Kelainan Penang Curry Mee kerana ia di makan bersama dua jenis mee yang berbeza iaitu mee hoon dan mee kuning. Mee hoon tu kita rendam dahulu hingga lembut kemudian di rebus sebentar. Bila dah lembut angkat dan toskan. Sementara mee kuning kita celur sebentar

Cara menghidangnya pula, letakkan sedikit mee kuning dan sedikit mee hoon ke dalam mangkuk
Tuangkan kuah curry mee kita tadi
Hiaskan dengan hirisan daging ayam, kerang rebus, taugeh dan kacang panjang yang di celur jangan lupa di makan bersama sambal cili kita yang power.

done!

Sharing is caring. Thanks for reading.

LOVE,
Yaya Yuki

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D