Wednesday, 22 February 2017

"Daripada Mahasiswa, Kepada Masyarakat"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ni nak cerita pasal aktiviti Operasi Khidmat Masyarakat yang telah berlangsung pada 18 Februari, bertempat di Serendah, Selangor. Semasa aktiviti OPKIM ini berlangsung kami telah dibahagikan kepada 2 bahagian. Satu kumpulan berada di Asrama Yayasan Basmi Kemiskinan dan kumpulan kedua berada di Perkampungan Orang Asli untuk bergotong royong di surau.

Image may contain: 3 people

Image may contain: 3 people

*Masa ni yaya kena bagi "q" ketibaan VIP untuk mulakan majlis. Seronok kot pakai benda roger-roger tu. Huhu pengalaman bekerja di bawah post protokol.*

Image may contain: 8 people, people smiling, people sitting

*searching Yaya Yuki huhu*

Image may contain: 6 people, people sitting, child, shoes and outdoor

*our gotong-royong team, ramai lagi sebenarnya tapi yaya jumpa gambar yang ni jek, sorry korang haha*

Image may contain: one or more people, people sitting and child
comel adik ni. :)






Yaya suka dapat jumpa budak-budak ni. Sebab tu bercita-cita nak jadi Cikgu. Cikgu Yaya Yuki emmm. :D. Program OPKIM 2017 ini bertemakan "daripada mahasiswa, kepada masyarakat". Program-program seperti merupakan medan yang terbaik untuk mendekati masyarakat dan menghulurkan khidmat kita sebagai mahasiswa yang diperlukan oleh masyarakat. Seronok sangat dapat dekati budak-budak sekolah, orang-orang kampung ni. Selain dapat merapatkan ukhwah macam-macam lagi kita dapat iaitu pengalaman, cara hidup, budaya dan sebagainya. InsyaaAllah next year kalau ada lagi, nak join lagi.

Sekian,

Thanks for reading.

Love,
Yaya Yuki

Monday, 20 February 2017

Siapa yang layak memohon rumah PRIMA?

Assalamualaikum hai semua. Posting ini dikreditkan kepada page (gila hartanah). Semoga perkongsian ini memudahkan urusan anda yang ingin memiliki rumah pertama. 

No automatic alt text available.
Awal tahun ni, ada berlaku pengubahan polisi syarat kelayakan PR1MA oleh Yang Berhormat Perdana Menteri. 

Ada 2 syarat yang diubah:

1) Pendapatan isi rumah maksimum sehingga RM15,000 layak untuk memohon, 

2) Rumah PR1MA boleh dijual selepas tempoh 5 tahun (sebelum ni 10 tahun).

Tapi, layak ke korang memohon? 

Tengok dulu syarat-syarat kelayakan wajib yang dikongsi ini. 

Dan kalau korang lepas, tak payah buang masa lagi dan terus mendaftar kat laman web PR1MA sekarang.

Sharing is caring.

Love,
Yaya Yuki