Kenali YayaYuki

Assalamualaikum semua



Nama : Nur Aliah Binti Mustaffa
Umur : 20 Tahun (2016)
Asal : Batu Pahat Johor
Agama : Islam
Pegangan : Al-Quran dan As sunnah
Sekolah : SMK Senggarang Batu Pahat, Johor
Tarikh Lahir : 19/11/1996
cita-cita : Peguam , Pensyarah,
Adik-beradik : 4 Orang aku anak first (kak Long okeyh)
adik ke 2: Nama manja pipah, Insyaa ALLAH akan ke Mesir 
adik ke 3: namanya dibot bersekolah lagi, now form 2 
adik ke 4 : namanya akif alhamdulilah sekarang berada di Sekolah Tahfiz Akademik ,mudah-mudahan cita-citanya nak bergelar Ustaz tercapai.
Tahap Akademik : Ada SPM jek and now tengah ambil STPM target CGPA 3.5 ke atas amin.
University Harapan : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Falsafah Hidup : solatlah seolah-olah kita akan mati pada hari esok,
carilah harta seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya

Idola : Nabi Muhammad S.A.W

sikap : Periang/ peramah / suka bercakap (kadang-kadang) suka berkawan :)
suka menulis / suka bermonolog sendiri/suka berangan jadi princess hihi

aku mula berjinak-jinak dalam dunia blog ni sebenarnya pada tahun 2010 iaitu masa aku form 2 lagi,masa tu aku ada netbook yang abah aku hadiahkan akhir tahun 2009 masa form 1 sebab aku dapat nombor 1 masa tu, terer tak kita?? hihi terer masa form 1 je pon..

tapi bila tgk entry bermula pada tahun 2012 kan haa itu sebab aku dah banyak delete entry hari demi hari aku delete. entry kebudak-budakan zaman kanak-kanak ribena dlu, tulis pun pakai shortform, bahasa pun guna bahasa alien mana entah so aku delete, jadi dekat blog archive korang akan nampak bermula tahun 2012.

Blog aku ni juga pernah juga direview sebanyak sekali oleh Belog MamaBiha :)
setakat hari ni masih lagi belum direview oleh media, mudah-mudahan dapatlah one day nati 

kenapa aku berblog ?
okay first boleh cerita pengalaman , and mudah-mudahan dari pengalaman yang kita ada boleh jadi pengajaran dan pembelajaran kepada orang lain.

nak cari pendapatan sampingan melalui nuffnang :)
saja saja buat-buat simpanan sikit.

nak share tips , and InsyaaALLAH lepas ni nak mula rajin Travel lepas tu aku akan share semua dalam blog ni :)

join Giveaway :) merapat hubungan silaturahim sesama blogger, so aku akan dapat ramai kawan
kalau boleh seluruh pelusuk dunia ni, mana celah pun ada kawan aku dekat situ :)

apa-apa pun aku harap korang happy dan enjoy baca blog aku ni :)
dan semoga blog aku ni bermanfaat :)

1 comment:

  1. UKM dekat je dengan tempat saya. Moga impian tercapai :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D