Monday, 31 December 2012

"Segment : King Follow Back by Amercorner".

Assalamualaikum..
Selamat petang :)
aliya penat sangat petang nie.....
baru balik dari meeting
hari nie dah 31/12/2012 kan......
nampaknya 2012 bakal melabuh kan tirainya...
dan 2013 bakal mengambil alih dunia.....

2013-------- > SPM menanti diriku..
eh oke laaa straight to the point Aliya sngt berminat dgn segmen 
Amer Corner ni.... hiiii :) kalau boleh nak tingkatkan Follower blog aliya hmm kalau boleh dalam 10000
ke????  hiiiii berangan tinggi betul aliya nie :)

oke ini bannernya ><

Jom laa support Segmen nie Ramai2...
sangat tak rugi kalau xmenang pun mungkin senang skit kawan2 blogger lain nak usha blog kita..
sebab ada senarai peserta,,,

jangan lupa taw LETAK BANNER KAT ATS TU
dan
PRINTSCREEN GADGET FOLLOWER WAKTU JOIN SEMEN INI 

follower aliya pada 31/12
baru 189 jelly sangat taw.. tgok follower orang lain ribu2 hiiii :)
oke laa ada lagi beberapa syarat korang boleh tgok kat bolg amercorner eh
hanya klik di sini


apa tunggu lagi jom support Ga nie

WISH ME LUCK...
oke laa ASSALAMUALAIKUM..
dan selamat kembali ke sekolah ye adik2 sayang... dgn
azam yang baru

TAG : Semua yang usha2 blog aliya :)

Friday, 28 December 2012

Bertemu Cinta Dalam C.I.N.T.A


Arafah. Padang yang menyaksikan sejarah cinta sulung Adam dan Hawa bertemu.
Mewarisi ujian cinta di padang pasir, Ibrahim meninggalkan teman setianya Hajar dan buah hatinya, Ismail semata kerana Yang Esa. Sekilas wajah Yusuf, bertaut tulus cintanya Zulaikha beralih kepada Cinta Yang Maha Sempurna.
Tatkala Kerajaan Cinta antara Sulaiman dan Balqis bersemi dek Cinta Yang Memiliki Kerajaan langit dan bumi turut bersatu. Terpateri Cinta Agung Muhammad  cintanya untuk isteri dan ummat yang dikasihi, meresap ke dalam hati-hati sehingga tiba belabuh ke hati. Demikianlah sekeping hati setiap insan sehingga ke hari ini tidak pernah kering menerima warisan cinta itu.
Subhanallah... Madah cinta itu sungguh seni dan puitis.. Kehadiran cinta yang semenjaknya di syurga mana mungkin boleh ditolak oleh hati sedangkan ia adalah kurniaan Ilahi, anugerahnya kepada hambaNya untuk menyempurnakan fitrah kejadian insani.
Fitrah ingin dicintai dan mencintai. Andai hati ini tidak meminta untuk melintasinya, atau sekalipun membungkam seribu doa, malah mengalihkan pandangan, dan mengunci bicara, ia tetap ada, wujudnya sedia di batas hati setiap jiwa. Kadangkala tanpa sedar, tanpa paksaan ia hadir.
Adakah ini cinta? Tunggu sekejap! Wahai hati yang hidup dengan suluhan iman...Berhati-hati, jangan tertipu oleh penipu profesional iaitu nafsu dan bisikan syaitan! Keluarkan senjatamu.. DOA. Ya itulah senjata mukmin. Maka berdoalah!
"Ya Allah, aku berlindung kepada kalimatMu yang sempurna, dari apapun kejahatan yang Engkau ciptakan." -Amin Ya Rabb-
Seutama-utama cinta itu adalah Allah. Dia Yang menciptakan Cinta, maka cintanya adalah yang pertama dan utama.  Dialah yang selayaknya dicintai. Allah pasti membalas cinta itu dengan sifatnya Yang Maha Mengasihi.
Hingga hujung nyawa,
Aku tetap ingin menjadi pencintaMU,
Inginku isi rongga-rongga rindu ini,
Dengan madu cinta Pencipta Cinta,
Setiap hela nafas mengalir suci namaMU,
Tersemat utuh di hati tanpa noda,
Sucinya bersih menghiasi qalbu,
Penyuluh hidup, pengukir bahagia,
Tanpanya tiadalah segalanya,
Hingga hujung nyawa,
Ku ingin tetap bersama cintaMU.

Cinta itu hakikatnya suci, kadangkala menguji hati seperti Saidina Ali dan Az-Zahra. Adanya sabar dan tabah menyulami iman menterjemahkan kesetiaan di batas waktu yang menjadi rahsia Allah. Dalam memilih cinta, ajaran nabi jadi garis panduannya. Perlu bijaksana meletak prioriti cinta antara terutama dan utama.
Cita-cita jadi mahar cinta. Harapan disampaikan melalui doa, memohon pilihanNya dalam sejadah istikharah, musyawarah menetapkan kematangan dari yang berpengalaman, restu penjaga diri tulus dipinta. Jangan dinoda oleh serakah jiwa yang lemah. Jujur pada pendirian yang tidah tergugah.
Bijak mengurus, mengawal dan menterjemah dalam bimbingan PEMILIK HATI juga perlu di ambil peduli. Meng'upgrade' diri menjadi soleh atau solehah bukan kerana si dia, tetapi berusaha menjadi soleh dan solehah semata kerana DIA. Ikhlas dan tawakal pada pilihanNYA bukti pergantungan diri mensyukuri ketetapanNya. Bila dan siapa jodoh itu, pasti bertemu cinta di Arafah RahsiaNya, kerana empunya diri yakin pada janjiNya.
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).... "
(Surah an-Nur ayat 26)
Taqwallah dan tulus iktikad demi REDHANYA pasti melestari ikatan ke Taj mahal Abadi.
Duhai manusia yang menyakini,
Teruslah mengemudi pelayaran dalam mengabdi dan membangun diri serta agamamu,
Usah dirimu sibuk menoleh dunia mencari raja atau permaisuri hatimu,
Masih banyak amanah dan tanggungjawab yang dikau galas,
Dunia ini hanyalah sementara,
Di sisi Tuhanmu ada yang lebih baik.
Duhai Manusia Yang Paling Bahagia,
Bukankah pergantunganmu sudah dikau letakkan kepada yang tidak akan buat dirimu kecewa,
Jika ya, usah bazirkan masamu tanpa berkhidmat kepada TuhanMu,
Bertemanlah dengan kesabaran kerana Tuhan Yang Satu,
Dia mengawasi dan menunjukimu setiap waktu,
Kerana janjiNya, bahawa Dia bersama orang yang sabar.
Duhai Manusia Yang Memiliki Ketenangan,
Hadapilah kenyataan dengan penuh keredhaan,
Dia Yang Maha Mengetahui ketetapan terbaik buatmu,
Dikau kan bahagia dengan mengingatiNya,
Kerana Dia memberikan cintaNya padamu
Bertemu cinta manusia
Dalam CINTA Agung di sisiNya.
InsyaAllah...
Bertemu cinta dalam CINTA akan kekal bahagia!

Tuesday, 25 December 2012

5 Tips Memilih Teman Baik

Assalamualaikum,, oke setiap orang mesti ingin memiliki teman baik kan..

mari kita tengok tips2 memilih teman baik


Seseorang berada di atas agama kawannya."
Demikian pesan Nabi kita. 
Kenapa ya? 
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.             
 Maka, Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.              
Nak cari di mana?Hmm, memang susah nak cari. Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.     
Bagaimana menghargai?Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'.
Terasa kreativiti-Nya sangat dekat, kan?             

 Kalau kawan tu tak beragama, macam mana?Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.              
Apa kata ulama yang kita sayangi?
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: "Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat." 
Syarat-syaratnya ialah:
1.      Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2.      Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3.      Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4.      Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5.      Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.
sumber - artikel iluvislam.com

Monday, 24 December 2012

Bahagia Itu Dari Hati Yang Mengenal Tuhan!


Assalamualaikum :)


Takdir Allah bukan untuk di duga, tetapi dicipta. Bukankah Hilal Asyraf ada berkata, "Takdir itu hujung usaha!" Memang ada benarnya. Biarpun kita tidak boleh melawan takdir, bukan bermaksud takdir tidak boleh diubah. Yang dilihat bukanexistence tetapi essence.


Pasrah dan redha akan sesuatu harus diolah dengan baik yakni dengan ikhlas bukan terpaksa. Bertunjangkan nilai Islam, "Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya" kita dapat mencungkil hikmah dan kebaikan di sebalik sesuatu peristiwa. Bergantung di mana kefahaman kita untuk meletakkan kasih-Nya terhadap hamba.


Seharusnya kita tahu, medium fikir mempunyai ruang yang terhad dalam menggapai sesuatu maksud dan erti segala rahsia yang melingkari kehidupan manusia. Walaupun kini keagungan ilmiah dan intelektual manusia dikatakan menjadi asas pembinaan tamadun yang kita gapai sekarang. Namun kita dapat lihat terdapat banyak manusia yang meluahkan rasa kekosongan hati dan kehausan rohani dalam kejayaan yang mereka kecapi.


Dengan ini terbukti kemewahan dan kekayaan tidak memberi apa-apa manfaat apa-apa pun. Selama ini minda dan persepsi kita telah diprogram dengan baik di mana kita beranggapan kebahagiaan itu adalah dengan harta benda, kasih sayang sesama manusia, pangkat, populariti dan pelbagai lagi. Hakikatnya tidak.


Kebahagiaan mahupun kesedihan wujud atas faktor dalaman bukan luaran. Iaitu dipengaruhi dengan bagaimana cara kita berfikir dan mengolah bentuk kebahagiaan yang kita inginkan. Lihat orang miskin, kebahagiaan bagi mereka adalah kekayaan. Buat mereka yang tinggal dalam keadaan sepi mengharapkan teman dan sahabat untuk rasa bahagia. Setiap golongan manusia mempunyai definisi kebahagiaan dan kesedihan yang berbeza-beza.



Dan ketahuilah dalam Islam mempunyai satu definisi kebahagiaan yang terjamin keberadaannya setiap waktu, tempat dan ketika. Definisi ini dilandasi dengan elemen keislaman yang jitu dan universal. Ajaran daripada sunnah, para sahabat dan tabi'in. Tidak mampu diteroka oleh akal, tetapi hanya mampu dikuasai oleh hati. Itulah kebahagiaan dicintai Allah dan RasulNya.


Mengapa dicintai bukan mencintai?


Cuba renungkan seketika, tatkala Allah membenci kita adakah kita mampu untuk beribadah kepada Allah? Tidak! Kerana segala amal dan ibadah yang kita lakukan kepada Dia adalah atas rahmat, kurnia dan cintaNya terhadap diri kita bukan atas kudrat kita sendiri.


Ada satu riwayat kisah yang menyatakan sedemikian, yakni ada seorang tabii'n terbangun pada waktu malam dan melihat hambanya khusyuk beribadah dan bermunajat kepada Allah. Beliau terdengar hambanya berkata, "Ya Allah, demi cintaMu padaku..." lalu beliau menegurnya, "Seharusnya engkau mengatakan demi cintaku kepadaMu..." Tetapi hamba itu menjawab kembali, "Jika Allah tidak mencintaiku, mengapa dia membangunkanku untuk beribadah kepadaNya dan membiarkan kau tidur". Subhanallah, hebatnya cinta Allah kepada hamba-hambaNya.


Apabila seseorang hamba dicintai Allah maka dia akan diberi kefahaman agama oleh Allah. Itu sudah cukup bagi mereka untuk mendepani kegilaan dunia ini yang sering menduga dan menguji keteguhan iman. Dalam hidup mereka susah senang tidak menjadi isu, tetapi redha Allah. Di situ lah kebahagiaan akan tercipta.


Takdir yang menimpa akan diolah dengan seni jiwa kehambaan. Yang tampak indah akan diawasi agar tidak hanyut dan leka. Yang tampak berbentuk musibah dihiasi dengan kesabaran. Kesabaran itu suatu kurniaan yang paling besar untuk seorang mukmin. Satu hadis qudsi berbunyi, "Timpakanlah kepada hambaKu musibah kerana aku ingin mendengar mereka merintih kepadaKu"


Wajarlah saat kita berkata, "Kebahagiaan itu bukan dicari tetapi diraih!" Sesungguhnya terdapat seribu satu kebahagiaan lagi di sisi kita yang kita tidak sedar. Mereka tersembunyi dalam sudut hikmah dan ibrah. Hanya dapat disingkap oleh tingkah laku manusia Ulul Albab dan orang-orang mukmin.


Dalam Al-Quran ada banyak ayat yang menyebut, "Bahawa orang-orang beriman itu tidaklah berasa takut dan bersedih hati." Kerana mereka insan yang mengenal Allah dan seluruh sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan tidak menduga-duga takdirNya dengan suatu kesan dan hasil yang buruk.


Firman Allah yang bermaksud;


"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah. Tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

(Surah Yunus ayat 62)


Sesungguhnya Islam itu terlalu indah. Seharusnya kita masuki Islam secara menyeluruh bukan secara berjuzu'. Maka dengan itu kita akan mampu keluar daripada tipu daya nafsu dan syaitan. Bebas daripada segala harapan palsu dan berjaya menuju hakikat hidup yang menempatkan kebahagiaan sejati yakni redha ilahi.


Justeru, bermula saat ini, marilah sama-sama kita mengorak usaha untuk mencipta takdir masuk ke SyurgaNya. Bersungguh-sungguhlah kita dan jangan lupa untuk bertawakal kepadaNya. Moga dengan mendekati Allah SWT, akan ada kebahagiaan dan kedamaian untuk kita, di dunia jua di akhirat sana.


Wallahu Anta A'lam.


sumber- Artikel iluvislam.com

Takdir Itu KetentuanNya


Assalamualaikum
Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan ke alam baitulmuslim yang sangat indah. Kita sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap bergantung kepada satu perkara iaitu takdir Allah SWT kerana sesungguhnya perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia itu sendiri.
Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah walaupun di mata kasar seorang manusia, seribu manikam menikam sukmanya.
Dalam meniti usia senja, perancangan demi perancangan di bina dan di susun serapinya. Pada usia muda, pelajaran menjadi keutamaan. Namun dalam masa yang sama, tuntutan fitrah untuk membina hubungan halal turut meraih tempat dalam perancangan kita. Kita mula mengatur langkah dengan mencari bagi si teruna dan menanti bagi si puteri. Ada  yang menanti dalam diam, dan ada juga yang sama-sama menongkah zaman. Menjadi 'berani' ke hadapan namun tetap berada di dalam jagaan 'malu' dan 'rapinya' seorang wanita. Lantas, orang tengah menjadi pengantara. 
Di saat kita mengatur langkah, merancang untuk menuju ke fasa yang penuh cabaran dan mehnah, adakah impian untuk membina baitulmuslim akan mempunyai pengakhiran yang indah belaka? Adakah niat kita untuk berbaitulmuslim benar-benar tepat dengan matlamat asalnya iaitu menikah di jalan dakwah?
Takdir yang bakal tiba segalanya berada digenggamanNya. Kita hanya mampu bertanya namun, jawapannya akan terjawab tatkala kita sudah pun berada di'dalamnya' - alam berumahtangga.
Terdapat beberapa kisah benar wanita solehah yang ingin ana kongsikan bersama-sama untuk dijadikan sebagai satu motivasi supaya akhowat tetap teguh sebagai seorang Da'ie di jalanNya. InsyaAllah.
Kisah 1
Kagum sungguh dengan ukhti yang seorang ini. Sebelum ukhti ini berubah, dia pernah bercouple dengan seorang akhi. Dahulu kedua-duanya masih lagi di jalan kejahilan. Dan selepas Allah memberikan hidayah kepada ukhti ini terlebih dahulu dia terus-terusan bermujahadah di jalan Allah.
Bertahun-tahun lamanya ukhti ini bermujahadah. Manakala akhi ini pula terus-terusan cuba untuk menganggu ukhti tersebut dan ingin mendapatkn kepastian mengapa dia ditinggalkan begitu sahaja. Dan akhirnya akhi ini pun mengalah dan dia pula diberikan hidayah oleh Allah. Masing-masing mula menyepi dan mantap di jalan dakwah.

Selepas bertahun-tahun menyepi akhi ini mula mencari ukhti tersebut di facebook. Dan selepas ukhti ini melakukan istikharah, yakin dengan ketentuan yang diberikan olehNya, ukhti tersebut terus memulakan langkah perkenalan untuk ke langkah seterusnya. Alhamdulillah, baru-baru ini saya menerima walimatulurus daripada mereka berdua. Bersyukur ke hadarat Illahi kerana usaha mereka mujahadah bertahun-tahun lamanya akhirnya berbaloi juga. Allahuakbar.  
Kisah 2
Seorang muslimah, alhamdulillah jodohnya ditetapkan awal oleh Allah. Menikah dengan seorang ikhwah. Yang kelihatan mantap di jalan dakwah. Gerak dakwah berterusan selepas perkahwinan sepertimana sebelum menikah. Namun kini kedua-duanya berhenti daripada terus bersama. Silapnya di mana? Wallahua'lam. Allah lebih tahu apa yang terjadi di tengah perjalanan perjuangan.
Kisah 3
Sudah beberapa tahun menunggu kedatangan seorang ikhwah. Namun belum datang bertandang. Dalam penantian, beberapa lamaran menjelma. Walaupun usia makin bertambah, namun setiap risikan dan lamaran ditolak dengan sebab lelaki tersebut bukan ikhwah yang didamba peribadinya.
Sehingga sampai ke satu masa, akhirnya tibalah saat-saat yang dinanti. Datanglah permintaan berbaitulmuslim dari seorang ikhwah, yang sangat mantap dalam gerak dakwahnya. Dan akhirnya istiqamah sehingga kini.
Saat ditanya, kenapa akak sanggup tunggu? Dia cuma tersenyum sambil berkata,
"kerana akak yakin akan janji Tuhan. Dan akak akan tetap tunggu 'ikhwah' sampai bila-bila. Dan dalam baitul muslim, bukan bergantung kepada siapa yang kita suka, tetapi kita perlu bersedia menerima sesiapa sahaja, asalkan dia tetap berpegang kepada fikrah yang sama. Itu prinsip akak."

Kisah 4
Tetap juga menunggu beberapa tahun sehingga lewat 20-an. Akhirnya datang lamaran daripada seorang lelaki, yang bukan mantap agamanya. Dan keduanya bertunang. Beberapa bulan selepas pertunangan, datanglah beberapa risikan daripada ikhwah melalui ibu usrahnya.
Namun takdir mendahului, sudah menjadi tunangan orang, yang bukan seorang ikhwah. Dan kini, alhamdulillah ukhti itu tetap bergerak, dan mendapat sokongan zaujnya walaupun bukanlah seorang pendokong. Namun tetap seorang penyokong yang baik.
Demikianlah takdir susunan Allah pasti adalah yang terbaik. Yang tinggal adalah apa yang kita betul-betul inginkan. Adakah hanya sebuah rumahtangga untuk menghalalkan hubungan? Atau sebuah perkahwinan supaya tidak bersendirian? Atau sebuah baitulmuslim untuk sama-sama berjuang di jalan dakwah?
Kesimpulannya, dalam merancang niat juga usah dilupakan. Niat awali lah ia hanya semata-mata kerana Allah. InsyaAllah, pastinya sebuah perancangan yang diniatkan keranaNya akan mendapat rahmat dan berkat dariNya. Jika seandainya perancangan kita itu tidak terjadi, pasti hati kita mudah merasa redha dan tenang menerimanya. InsyaAllah~
Wallahua'lam.

Saturday, 22 December 2012

"Segmen Follow Saya Follow Awak,Like Saya Like Awak! By Natasha & Nabila".

Assalamualaikum....
Aliya join GA lagi...

GA nie best boleh upkan follower  :)
jom laa join :) syarat2 nya pun senang 


Macam mana nak join :)
macam nie 

1. Follow blog kami dan like fanpage kami *wajib(hahaha)
Facebook fan page  <---klik sini ^^

2. Buat satu entri bertajukkan "Segmen Follow Saya Follow Awak,Like Saya Like Awak! By Natasha & Nabila".

3. Letak banner kat atas tu dan backlink kan ke blog kami.

4. Letak link fan page korang di entri. *kalau tak ada tak apa

5. Letak link entri korang di ENTRI INI supaya kitorang boleh like fan page korang yang comel tu ^
^
6. Segmen ni kami tak pasti tamat bila? Hahaha :D

my fan page :)


oke semua tu Aliya copy dari
blog penganjur :)


k laaa sehingga berjumpa lagi bye2 :)


'Segmen Upkkan Follower Blog' BY Aisya , Dafina , Aina , Aineen .

Assalamualaiku.. wuhuuuu.. pasti semua dah tidur kan...
its oke.. esok pagi bangun kalau free mai laaaa BLOGWALKING and
jom join GA nie...

GA nie untuk UP KAN FOLLOWER kalau boleh 
aliya nak 1000 follower hihi :)

** ni bannernya * cute :)


Syarat2 nya ialah
1.Wajib Follow blog Aisya , Dafina , Aina , Aineen .

2. Terbuka kepada kaum Hawa sahaja . Kaum Adam tak dibenarkan .

3. Mesti warganegara Malaysia .

4. Buat entri tentang 'Segmen Upkkan Follower Blog'

5. Tag 2 orang rakan anda yang minat bersegmen . Pastikan mereka tahu .

6. Tempekkan banner yang comel ni dan BACKLINK kan ke entry ini.
7. Letak syarat-II nihh .

8. Print screen dekat bahagian kotak Followers korang .

9. Lepas dah buat semua ni , pastekan link itu di BAHAGIAN komen . Tidak akan diterima di C-box . Jangan bagi link blog , bagi link untuk segmen ni sahaja .

10. Mesti like INI , INI dan Ini .

11. Tarikh tutup segmen pada 31 Disember 2012 tepat jam 11.59 malam .


tag 3 orang blogger comel ini :)

untuk maklumat lanjut mengenai GA ini sila ke sini
oke laa bye2 :)




Wednesday, 19 December 2012

Jika Aku Jatuh Hati Ya ALLAH

Assalamualaikum salamat petang :)

JIKA AKU JATUH HATI YA ALLAH

Jika aku jatuh hati ya ALLAH,cintakanlah aku kepada
seseorang yang melabuhkan cintanya padamu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu,

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu,
agar tidak terjatuh aku
ke dalam jurang cinta nafsu...


Ya Rabbana jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling
daripada hatimu

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukan lah aku,
pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihmu
jangan lah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia 
kepadaMu

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihmu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga meluapakan aku pada cinta hakiki dan rindu 
abadi kepadaMu


Tuesday, 18 December 2012

"Year End Giveaway By Cik Bunny"




AssalaMualaikum




Oke Hari nie Aliya.. join 1 GA dari Cik bunny… J tengok laa Banner kat ats tu Comel kan Bunny tuh J

Oke mcm mana nak join…

FIRST

Terjah 3 page ni sampai loading habis..(aliya sertakan printscreen ye cik Bunny)





*Yang nie dh habis reload.. dh churp2 mmg separuh kan..
Kena scroll down tuh J

SECOND

Follow blog ni (http://inspirebunny.blogspot.com) dan my blogshop.


* Blogshop *




THIRD

like facebook fanpage InspireBunny [dot] Blogspot , Bunny Inspired dan subscribe my fb acc. (FB CIK BUNNY K)






FOURTH

Buat entry bertajuk "Year End Giveaway By Cik Bunny" , letak banner giveaway (Banner comel kat ats tu) dan link entry giveaway ni dalam entry korang

FIFTH

tinggalkan LINK ENTRY GIVEAWAY ni di bahagian komen blog ni. Kat tempat lain tidak 

diterima. Pastikan betul betul patuhi semua syarat diatas. Jika tidak, bukan sahaja 


kemenangan ditarik balik malah terlepas update penting giveaway ni (tak tanggung =p)


NEXT

Jika ada twitter dan ig, Follow my twitter: https://twitter.com/InspireBunny dan 

instagram:http://instagram.com/inspirebunny
 (atau twitter/instagram: @inspirebunny).

* Si Burung Tweet*


* Si Instagram *

LAST But Not LEASH.. HEHE

Jangan lupa share this giveaway sebab Cik Bunny nak bagi hadiah online kalendar Hello Blogger 2013 kepada semua peserta yang dah join ga ni sebagai tanda penghargaan (sekiranya ga ni terima lebih dari 100 penyertaan). (s0 tnggu ape lagi jom join ramai2… jom support GA Bunny)
Semua SYARAT DI ATAS di Copy Dari
Bloggg Cik Bunny

Untuk maklumat lanjut sila usha blog Cik Bunny

http://inspirebunny.blogspot.com/2012/12/giveaway.html

 SELAMAT MAKAN TENGAHARI :)

bye2 

Friday, 14 December 2012

Segmen #3 Up Followers Sempena Holiday By Aida

Hye u olls... Assalamualaikum w.b.t salam malam sabtu :)
jalan punya jalan punya jalan td... jumpa 1 GA by Aida...
nie bannernya..
**comel i loiikkkee


Berminat jom laaaa ke blog 

Aliya Tag semua yg baca entry nie okeng....

oke bye2 :D
assalamualaikum

Dunia Hari Ini 

Assalamualaikum..hye :D sehat tak semua kawan2 blogger aliya nie… kalau tak sihat mai chek hntar hang p klinik na…
Huhui oke….
Today,.cek nak habaq …pasai “dunia Hari Ini”
****


LOGHAT johor pulak la… *** Loghat penang tak past lagi sbnarnya Jkuikuikui
Korang perasan tak.. kat laman social hari nie… budak2 tak habis duk update pasal “CINTA” bila bukak FACEBOOK…. Penuh update pasal cinta… pasal nk fake relay… haisssshhhh begitu jugak dgn si burung biru (TWITTER)
** bukan nak sibuk… tapi…hmmmm pada pendapat aliya… mereka masih terlalu muda untuk BERCINTA…


Maaf ye adik2 sayang semua.. bukan nak marah or menyibuk BUT aliya risau laa… kalau korang clash suatu hari nie.. ianya akan mempengaruhi pelajaran korang…


**Aliya Selalu dgr Radio Era..
Kak Siti Nur Haliza Ada berpesan..
Aliya tulis skit je laa eh..

“”BILA KITA DAH ADA KERJAYA NANTI CINTA ITU 

AKAN DATANG SENDIRI”"


So adik2,,jgn risau setiap manusia yang lahir di muka bumi ini telah ditetapkan jodoh masing2…



Setiap org ada jodoh masing.. bila tiba masanya nanti..
**korang semua akan jumpa jodoh masing2…. J
K laa itu sahaja untuk hari nie
Bye2… jaga diri selalu ye kawan2 blogger J
Selamat minum petang
ASSALAMUALAIKUM


******************************

Asal Cinta Milik ALLAH . Perginya Cinta Izin ALLAH . Hilangnya Cinta Atas Kehendak ALLAH . Dicintai Dan Mencintai Anugerah Dari ALLAH . :')