Wednesday, 31 December 2014

Pages 365 Of 365

Assalamualaikum, Hai Bloggers :)
Firstly, Alhamdulilah syukur pada Allah akhirnya kita telah diberi izin untuk sampai ke pages yang ke 365, sekejap jek kan masa berlalu, huhu aku terasa seperti tidak puas menikmati umur 18 tahun..( sebab tak habis-habis nak perasan muda, dalam hidup ni manalah ada umur orang makin lama makin turun, haishh aku ni) , masa umur 17 perasan 16 tahun, masa umur 18 perasaan 17, manusia-manusia :D hihi

sekarang 11 p.m ini bermakna lagi lebih kurang 1jam lagi 2014 akan pergi tinggalkan kita, hanya kenangan yang akan segar dalam minda, dalam hati, dan dalam blog ni, tahun demi tahun berlalu, semestinya sebagai seorang manusia mesti mempunyai azam sempena kehadiran tahun baru 
so jom laa share apa azam korang untuk tahun 2015 :)

sebenarnya dup dap dup dap jugak nak menanti tahun 2015 ni , sebab ape?? result aku dah nak keluar ,bila fikir pasal result jantung ni berdengup kencang tahap sampai nak terkeluar , dan duduk depan aku, nak bagi tau aku betapa dia pun nervous jugak nak tengok result, aku harap sangat aku dapat cgpa 3.5 ke atas, well ada ke student yang rela nak repeat paper?? dekat form 6, ni nak repeat paper memang lah aku tak ada masalah kewangan, well ditaja oleh biasiswa u olls , Alhamdulilah rezeki masuk form 6 :) Masalah aku adalah masa, memang sangat rush kalah kuda yang sedang berlari beb serious! korang doakan eh result aku best :) 

Azam Untuk 2015

Belajar rajin-rajin
Menjadi Blogger yang berjaya
dapat kumpul modal untuk buka online shop
Kurangkan tidur ( serious aku suka tidur,tak tahu la kenapa)
perbaiki diri menjadi lebih okay :) InsyaaAllah
Dapat ramai kawan dekat blog ni 
Followers 500 
menang Giveaway
hihi :)

Wahai diri, selamat menjalani kehidupan pada umur 19 tahun,
Good Luck



okay, to all my bloggers friends,
guys, Selamat Tahun Baru, semoga kehadiran 2015 ni membawa kebahgiaan,keceriaan kepada diri korang :) dan semoga hubungan antara blogger ni menjadi lebih akrab :)


Good Bye 2014 , and welcome 2015 


Terima Kasih Sudi membaca

Tuesday, 30 December 2014

Review Instashop and Giveaway by stepForward_ (Giveaway Instagram)

Assalamualaikum, hai semua , sebenarnya aku dah lama nak review satu instashop yang menjual pelbagai jenis produk kecantikan dengan harga yang berpatutan berbanding online shop yang lain, dan produknya juga 100% original,,dan sempena akhir tahun ni , pemilik instashop ini ada membuat Giveaway dengan menawarkan hadiah yang best dan superb . Oleh itu , aku minta permission untuk join Giveaway ini di blog, smbil smbil, boleh aku review sekali kan :)

Antara produk yang dijual dalam Insta Shop ini adalah

BVR Collagen




Aura White Stem Cell
Amyera Beauty



Radiance Signature 


dan pelbagai set kecantikan lagi , dan sempena akhir tahun , Instashop ini ada buat giveaway 
dan menawarkan hadiah yang menarik dan lumayan untuk giveaway ini.
adalah dimaklumkan bahawa giveaway ini adalah Giveaway Instagram :) so kalau korang nak join, atau visit dan shopping Insta Shop yang gempak ni boleh klik link ini atau banner di bawah :) 
http://instagram.com/stepforward_/

Tarikh Tamat 31 Disember :)
#ReviewShopInstagram
#giveaway
#BeautyProductShop

Terima kasih Sudi membaca :)

Monday, 29 December 2014

Salah ke Nak Selfie????

Assalamualaikum, hai semua
Akhir-akhir ini, ada beberapa hamba ALLAH kongsikan bersama gambar-gambar2 mereka berselfie semasa menghantar bantuan dan menolong mangsa-mangsa banjir., banyak komen2 negatif yang aku baca dari post tersebut...
aku sememangnya tak layak untuk mengatakan sama ada salah atau tidak, oleh itu aku membuat beberapa research mengenai "salah ke kita menunjuk ketika bersedekah"

ini lah hasilnya,

semoga ianya bermanfaat :)
terima kasih kerana sudi membaca :)
Twitter : @CikYayaYuki

Sunday, 28 December 2014

Mini Giveaway by Hanis Masturina

Hanis Masturina

Assalamualaikum semua :) ok this is my last participate in giveaway for this Year 2014 ..
kira ni lah penutup GA yang aku join untuk tahun 2014..

Done Follow *** twitter (CikYayaYuki) ***Instagram (aleiyamustaffa), and Like Page 

Tarikh Tutup 30 Disember 2014 ( ada lagi 2 hari masih sempat lagi jom join )

sila klik banner di atas untuk join.Terima Kasih

Saturday, 27 December 2014

Menitis Air Mata Baca Nukilan Ini

Tidurlah Sayang

Tidurlah sayang,
Mama tahu kamu sejuk dan penat,
kerana itu mama peluk kamu erat,
Mama tahu kamu merayu disuapkan,
Tetapi hanya dedaun yang mampu mama lumatkan,
Seperti kamu yang mengharapkan secebis makanan,
Mama juga berharap ada yang meluruhkan bantuan dari balik awan,

Hina rupanya kita di mata orang,
Sejuk dan basah bersendirian,
Tiada bekalan dan bantuan,
Seolah daerah ini daerah perang,
Rupanya begitu sekali negeri ini disisihkan,
Sehingga nyawa dianggap mainan dek kotornya partisan,
Darurat barangkali terlalu 'keramat' untuk diwartakan,
walau negeri sudah menjadi kubur dan tidak bernisan.

Sabarlah sayang,
Simpanlah airmatamu ini untuk Tuhan,
Selepas ini tidak ada lagi kelaparan,
dan mengigil kesejukan di bawah rintik hujan.

'Tidurlah Sayang'
Dan selamat jalan,
Tunggu mama di syurga,.

Nukilan seorang ibu yang kematian bayinya di Bukit Manjor, Kuala Krai ketika bertahan di atas bukit tanpa bantuan

#PrayForPantaiTimur
#PrayForMalaysia


"Wahai Bumi Telanlah Airmu Dan Wahai Langit Berhentilah Dari Hujanmu..."

terima kasih kerana sudi membaca 

Friday, 26 December 2014

Jom Sama-Sama #PrayForPantaiTimur

Assalamualaikum, hai bloggers,
kita semua sedia tahu apa yang sedang berlaku di pantai Timur kini,
ayuh lah bersama-sama kita

#PrayForPantaiTimur






ya Allah mengalir air mata tengok keadaan saudara-saudara kita yang berada di Negeri Pantai timur ini , Semoga keadaan di sana bertambah baik dan cuaca juga bertambah baik. Amin.


#PrayForPantaiTimur
#PrayForMalaysia

Terima kasih sudi membaca

Thursday, 25 December 2014

First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking

Assalamualaikum
Hi Blogger ,
Jom join "First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking" by http://life-of-lyene.blogspot.com/ . Tujuan segmen ni untuk tambah kawan dan tingkatkan pengunjung blog .. 
** Klik BANNER untuk join sekali :) .


Tarikh tamat segmen 21 January 2015 .

Wednesday, 24 December 2014

Drama Terbaru Istikharah Cinta

Hai Assalamualaikum bloggers...

selepas BILA HATI BERBICARA MELABUHKAN TIRAINYA....muncul cerita baru yang bertajuk ISTIKHARAH CINTA..dah 2 hari aku tengok cerita ni, dan aku pun tetiba fall in love dengan jalan cerita yang dipaparkan dalam cerita ni, dan ia membuat kan aku ingin review Istikharah Cinta...


Tonton Istikharah Cinta TV3 Full Episod

gandingan antara Zul Ariffin  , Dan Faye Kusairi sebagai hero dan heroin dalam Istikharah Cinta telah menyebabkan cerita ni mendapat tempat di hati aku ,bukan aku jek, ramai lagi confirm,, sebab Zul Ariffin hero kesayangan ramai tu :)

untuk ketahui lebih lanjut jangan lupa saksikan Istikharah Cinta 
Isnin-Khamis jam 7 Malam semestinya di TV3 :)

terima kasih kerana sudi membaca :)

Tuesday, 23 December 2014

Nak Tanya Something Boleh Beb??

Hai Assalamualaikum, tonite aku nak share skit laaa perbualan dengan seorang member aku ni,,
macam vavavomm sangat tajuk kat atas tu hihi :)

di suatu petang , tetiba hp pun berbunyi ala ala ting tong, terpapar text dari *** hehe Member aku laaa yang berbunyi lebih kurang macam ni " Leeya Makan Cendol Jomm, wa belanja "
alang2 dia nak belanja kan , so ape lagi , kata orang "Musuh jangan dicari, REZEKI jangan DITOLAK kan?? hehehe,, so keluar dengan dia sambil minum cendol, sambil dok minum cendol, sambil melihat pemandangan laut , dalam hati terdetik , 'ya ALLAH indah sungguh ciptaanMU ya Rabb, sungguh tenang hati melihat laut yang terbentang luas tersergam indah :)

tetiba member aku ni pun tanya "beb , kau ni tak ada Boyfriend ke???"
tengah sedap menikmati cendol tu tersedak terus aku,,, haduuhhh dia ni soalan jenis apa dia tanya tu ?? grrrr kikiki,,,,,,

"aku tak pernah nampak kau pergi DATE"
"aku tak pernah nampak kau selfie dengan Boyfriend kau"
"aku tak pernah nampak and terbaca kau update pasal Boyfriend kau"

banyak lagi laaa yang dia tanya hihihi tapi aku shortcut kan ye...
korangs BOYFRIEND tu ape???? hihi soalan poyo,, actually ramai jek yang tanya aku macam tu....
entah laaa penting ke ada boyfriend tu ??? and kalau ada Boyfriend pun, perlu ke kita nak tunjuk ??? hehehe

kalau boleh dalam hidup ni ape yang aku harapkan SOAL JODOH,
first ----> jodoh tu kalau boleh pilihan mak ayah, its ok aku tak kenal dia pun tak pe :)
second ----> jodoh tu orang yang aku belum kenal lama, means aku nak kenal dia lebih lagi after NIKAH :)

soal jodoh ni rasanya kita serah kan pada ALLAH, sebab semua manusia dalam dunia telah ditetapkan jodohnya , dah tertulis kan :) so its okay, JODOH ia akan datang juga pada aku, cuma cepat atau lambat :)


now focus untuk jadi Lawyer dulu..
terima kasih sudi membaca :)



10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Hai Assalamualaikum,, beberapa hari tak dapat on9 blog sebab TM Streamyx ku Update di rumah hehehe..so malam ni nak share something yang best laaa , bukan sebab aku dah gatai nak kahwin na,, bukan2 aku nak belajaq jauh lagi :D peace (^^) sbb SHARING IS CARING :)


APABILA seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Pelbagai perasaan menakhluki hati sebelum membina masjid.  Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Ini antara janji Allah untuk anda yang ingin berkahwin.

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,...

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim)....

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah....

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah...

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita....

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.... (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim...


Semoga bermanfaat.

terima kasih sudi membaca :) 

credit to : cilipanas.blogspot.com

Friday, 19 December 2014

Aleiya Mustaffa Nak Cari Bloglist

Assalamualaikum... hai Blogger Bloggie :) good nite..dari tadi dok termenung smbil tgk 'The Conjuring" tetiba tinkkkkkk!! nak cari bloglist laaa.. sbb bila dok usha blog orang lain diaorg ada jek senarai Bloglist... so Aleiya rasa nak cari Senarai Bloglist  **jgn pelik tau sometime guna ""aku"" sometime ""Aleiya"" hehe ikut mood..

di samping itu , Aleiya rasa dgn menyenaraikan Bloglist dekat blog yang tak seberapa ni, boleh juga mengeratkan hubungan silaturahim antara blogger kan?? :)

so Aleiya buka kepada semua rakan blogger siapa yang berminat nak jadi senarai bloglist Aleiyamustaffa.blogspot boleh tinggalkan komen korang di bawah ye :)

terima kasih kerana sudi membaca :)

Thursday, 18 December 2014

GIVEAWAY KUSARAH 2014



hai blogger GA ke 3 untuk bulan ni  hihi see kemain semangat ni join GA

Hadiah yang best dan syarat yang mudah ,


*klik banner untuk join

Syarat-syarat penyertaan;
  • Warganegara Malaysia
  • Seorang blogger sama ada lelaki atau perempuan
  • Patuhi semua syarat yang ditetapkan
Start : 25 November 2014
Deadline : 25 December 2014
Winner Announce : 27 December 2014 (My Birthday! Tick on your calendar :p)


PRIZES

Top Refferral; [ 1 Winner ]
  • Tribal Blouse
  • 2x Button Badge

Top Comment in your entry (more than 40 comment); [ 1 Winner ]
  • 2x Chiffon Shawl 

Random Winner; [ 5 Winner ]
  • 5x Mystery Gift

jom join and good luck :) 

Terima Kasih Dear Akak Azieera a.k.a Belog Mamabiha

Assalamualaikum A big Thanks to Akak Azieera a.k.a Belog Mamabiha
kerana sudi review belog leeya yang tak seberapa ni  :)


by the way,
Happy belated birthday akak Azieera , May Allah Bless u, and remove ur pains :)





terima kasih sudi membaca :) 


Wednesday, 17 December 2014

Segmen : Zaman Persekolahan


 photo banner segmen.gif

Assalamualaikum semua :) segmen kedua aku join untuk tahun ini ........
**fokus pada tajuk??? zaman persekolahan??? aku memang merindui zaman persekolahan, dari Tadika 4 Tahun- Tingkatan 5, walaupun sekarang aku tingkatan 6 still di sekolah lagi tapi serius korang takkan rasa sama macam korang tingkatan 1-5, cara belajar lain, yelaa nama pun PRA Universiti kan so perangai dah tak boleh serupo budak-budak lagi :)

okay :) straight to the point segmen ini dianjurkan oleh blog ceriteracintabalqis 
sila tekan banner comel tersebut untuk ke blog penganjur.



ayuh throwback :) agak2 nya masa zaman sekolah @ zaman kanak2 ribena dalam kelas korang no yang mana 1 heheheehehe :3
aku mengaku aku no 9 :) Dalam kelas aku memang suka berbual dengan bestie aku kononya cara berbual tu macam dah bertahun2 tak jumpa padahal 6 tahun sekelas + 3 Tahun Tadika = so 9 Tahun.. haa lamakan

 *zaman Sekolah Rendah*
6 tahun sekolah kawan baik aku, jiran sebelah meja dalam kelas ,  nama dia
Amalina Ibrahim..
setiap hari kitaorang mesti ada jek gosip mak jemah yang nak dibualkan hehehe :D

one day tak ingat masa subjek ape, kita orang kena denda sebab masa tu orang lain sibuk dah buat kerja yang cikgu bagi , aku and Nena dok bual2 lagi...

korang tahu kite orang kena denda ape???

aku n Nena didenda tulis 500X "maafkan saya cikgu , saya janji tak berbual lagi"
haha ambek kau... hahahha...korang rasa bila agaknyaa aku boleh siap tulis sebanyak 500x....

haha masa tu smpai nanges2 aku... penat and semua orang dah balik masa tu.,
and lastly cikgu bagi 1 lagi peluang jangan berbual lagi masa dia mengajar hehehehhe :3

aku rasa ni lah pengalaman yang paling awesome zaman persekolahan ...
kalau korang rasa korang ada pengalaman yang best2 juga jom laaa join segmen ni.. Hadiah yang ditawarkan best :) dan Tarikh Tutup 31 Disember 2014..jgn lupa klik banner untuk join okay (banner yang atas sekali )


sekian terima kasih kerana sudi membaca :) jgn lupa join ye ... 
assalamualaikum :)

Monday, 15 December 2014

Ini Patung ke Leeya???

Assalamualaikum :) first update di tengah malam..12.06a.m
kalau korang belum tidur sudi-sudilah baca dan komen yek :3

adalah beberapa member2 ni bila bukak jek blog aku, benda first yang dia tanya "leeya yang atas tu kau ke ???patung ke ???doodle ke??? kartun ke??   'aku terdiam jap' yela pelik pada aku header tu  muka orang macam biasa laaa....aikkk gambar header tu mengelirukan korang ke?????


okay header tu gambar aku laaa gaisss gambar potret aku :D cuma nak nampak gempak letak effect painting acah2 doodle laaa konon hehehehehe :3 sbb nak buat header ok that all :D




terima kasih kerana sudi membaca :) selamat malam 
sambil tu aku nak selitkan pemandangan dari Minyak Beku :)
okay tidur dlu :3 
Assalamualaikum 

Saturday, 13 December 2014

Mega Giveaway By Sya Domoru


Assalamualaikum,,
setelah lama sngat aku tak join GA tetiba petang ni terbuka hati nak join GA Setelah terjumpa GA ni :) hehehe saja2 jek nak cuba kot2 ada rezeki :)








Syarat-syarat penyertaan

**Terbuka kepada semua blogger di Malaysia

**Buat satu entri bertajuk Mega Giveaway by Sya

Domoru

**Letak banner atas ni dan senarai hadiah ga di dalam entri dan backlink kan ke entri

blog penganjur.

**Patuhi semua syarat-syarat dibawah.Syarat semua simple2

**Submit link di ruang komen sahaja (blog Pengajur)




Syarat-syarat utama 


** Follow Blog Penganjur.
http://syadomoru.blogspot.com/

** klik ni

http://syazaafrina89.sharethisstory.net/my-778766-6000
http://syazaafrina89.sharethisstory.net/my-778766-6050
http://syazaafrina89.sharethisstory.net/my-778766-6032
http://syazaafrina89.sharethisstory.net/my-778766-6034


**Follow Blog Sponsor

http://ribenasyaz.blogspot.com/
http://aenoyou.blogspot.com/
http://mazatulazura.blogspot.com/



** Like Semua



** Share Fanpage

https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fprofile.php%3Fid%3D195490190470491&display=popup&ref=plugin


** Follow Instagram...

@ahlista @shiedahrusin @amerkhairilanuar @rexylla

OK DONE !!1 :)



Senarai Hadiah Kebabommm...
Blouse x 1 by Rexylla
Blouse x 1 by Mak Jah Closet’s
Telekung x 2 Jubah Muslimah Moden *New
Handsocks x 15 by Jubah Muslimah Moden *New
Selendang x 2 by Wir Aida
Cash RM 10 x 2 by Maishoppe
Keychain from Bandung x 1 by Nur Syazwani
Supplement Shaklee Chew Vitamin C x 2 by Maishoppe
Sophie Love Mirror x 1 by Be Fabulous with Sophie Paris
EXO - Die Jungs Unofficial Polaroid Set (30pcs) x 1 by A.M Kpop Shop *New
Random Badge (KPOP RELATED) x 3 by A.M Kpop Shop *New
Bap socks x 1 by Shiedah
SD photocard x 2 by BB K-House
Pvc photocard Chen x 1 by Shiedah
Sticker Exo x 1 by Kshopaholic Mlysia
Sticker Infinite x 1 by Kshopaholic Mlysia
Sticker Super Junior x 1 by Kshopaholic Mlysia
Xoxo (EXO poster) x 1 by Choco K-pop Shop
Infinite goodies x 1 by Korean Shop Collection
Baju Overdose (EXO)long sleves x 1 by Nur Syazwani
Discount voucher 10% by Rexylla
Discount RM 10 x 1 for unofficial merchandise by A.M Kpop Shop

Giveaway ini Sampai 31 Disember 2014

masih ada masa lagi :)
jom Sertai :)

Jerawat Bersepah Di Muka???? Tolongggg!!!!

eh takmau jerit2 lagi meh sni aku nak share 1 lagi petua untuk kecutkan jerawat di muka :)

Assalamualaikum :)
salam sabtu 

JERAWAT?????????????

satu benda yang amat dibenci oleh kaum wanita malah kaum lelaki juga
jom ketahui tips bersihkan muka dari jerawat (sesuai untuk lelaki dan perempuan)

TIPS 

1) Rendamkan asam bersama air dan masukkan sedikit gula.
ini asam yang untuk buat air tahu kan?? yang biasanyaaa org buat basuh ikan tu.
Asam tu rendamkan dgn sedikit air then campur dengan gula.
lepas tu sapu di muka, dan muka anda akan rasa sejuk dan nyaman 
tak percaya ??????? 
trylaaaa hehehe :)
sapu dalam setengah jam gitu lps tu boleh bilas dgn air suam suam kuku okay :)
buat 2 kali seminggu :)



2) Gunakan Bedak Sejuk.
bedak sejuk yang macam pil-pil tu kau ambik dalam 5 biji rendam dengan sedikit air lps tu campur kan sedikit madu. Gunalah sebelum tidur :) 


that all :) kalau dah mencuba silalah komen untuk bg feedback :)
assalamualaikum :)



Thursday, 11 December 2014

Petua Rambut Lebat, Cantik dan Bebas Kelemumur

Assalamualaikum hai semua :)
today aku nak share petua yang diajarkan sendiri oleh IBUNDA tercinta :)

RAMBUT NIPIS???


BERKELEMUMUR????



BERMINYAK?????


ohhhhh tidak!!!!!!


okay tak perlu risau lagi aku masa kcik2 kan rambut aku memang bermasalah....
bila tengok budak-budak lain dok ikat rambut comel comel gitu perggghh jelly aku so tiap2 hari ibu buatkan .... jeng jeng jeng....

tips :

1) Rendamkan daun bunga raya.(untuk Rambut Tebal)



kau tahu bunga raya kan?? mestilah tahu kan.. Bunga Kebangsaan kita.. kau ambil daun bunga raya tersebut kau rendam dia dengan sedikit air natikan macam keluar lendir-lendir sikit tau dari daun tu ,, so nak buat ape??? kau sapulah kat atas rambut kau tu... biarkan dalam 20 minit macam tu then basuh :)

seminggu buatlaah dalam 2 kali.. InsyaaAllah rambut akan tebal :)
sebab aku dah cuba .....

2)Gunakan Limau (untuk singkirkan kelemumur)





limau sambal tahu tak?? alaaa yang biasa kalau basuh ayam ada pakai limau tu..,, haaa limau tu laaaa kau ambik laaa dalam 4-5 biji belah dan kau sental kat rambut kau tu.... 
then kau akan rasa kulit kepala segar tanpa kelemumur dan minyak yang berlebihan:) try laaaa 

okay laaa :) lain kali kalau ada petua-petua yang menarik aku tulis lagi :)


byeee


Assalamualaikum....

Wednesday, 10 December 2014

Perbandingan Tingkatan 6 dan Diploma

Assalamualaikum..
ok hari ni aku nak share perbezaan antara dua bidang ni...
korang juga boleh baca dari buku Prospektus Prauniversiti Negeri Johor.

TINGKATAN 6 VS DIPLOMA (hehehe mcm gempak jek bunyinyaaaa ),, hihi okay aku share sbb ada yang minta aku terangkan perbezaan. so aku share perbezaan dari buku Prospektus Prauniversiti Negeri Johor.

ok kita mulakan dengan

TINGKATAN 6 (STPM)

kos pengajian : PERCUMA

peluang ke IJAZAH : Terbuka Luas (laluan Pantas ke IPTA)

tempoh perolehi selepas SPM: 5tahun 1/2 (1 tahun 1/2 di form 6 dan 4 tahun ijazah)

jumlah pinjaman PTPTN untuk ijazah : RM 25 000 hingga RM 48 000 


DIPLOMA

kos pengajian :RM 24 000(IPTA), RM60 000(IPTS)

peluang ke IJAZAH : Terhad (jika ada kekosongan) masa lama + Pengalaman bekerja

tempoh perolehi selepas SPM: 7tahun ( 3 tahun diploma dan 4 tahun ijazah)

jumlah pinjaman PTPTN untuk ijazah : RM 64 000 hingga RM 108 000

Sumber : Dr.Hamzaid Bin Yahya , KBE Dana Pendidikan Dr.Hamzaid 


banyak lagi perbezaan nyaa sebenarnyaa tapi aku share skit jelaa... selanjutnyaa. boleh lihat dalam buku :) 

kesimpulannya,,
tak kesahlaa sama ada korang nak ambik form 6 atau diploma ke yang penting usaha, memang betul-betul nak belajar...
Insyaa Allah rezeki masing2 :)
itu sahaja :)
ok byebye assalamualaikum.......

Monday, 8 December 2014

Kini Kembali

Assalamualaikum....
hai semua ^^
for a long times im not be here..
sebab laptop aku masuk hospital...

and today Alhamdulilah laptop dah sihat balik yeayyyyyy !!!
so start from now im active blogger...

jom laaa jalan2 sni dan tinggalkan jejak anda 
terima kasih ^^