Monday, 27 July 2015

Khusus buat Kaum Hawa


Assalamualaikum semua hai hai hai :D okay petang tadi aku dok scroll2 lah timeline fb tuh, tetiba jumpa 1 article yang viral tentang lens user yang mengalami cacat penglihatan.

okay guys, im one of the user of lens. Gadis tersebut hilang penglihatan sebab dia still pakai contact lens dia selepas tarikh expired and then dia tak cuci lens nya betul-betul.

korang jangan salah faham okay, aku tak cakap pakai lens ni bagus, memang banyak bahaya daripada baiknya.Apa yang baiknya?? untuk orang yang rabun ,tapi tak suka spec macam aku lah tu! ihiks :D.Selain tu, perempuan selalu pakai untuk jadi cantik betul dok?? ala-ala mata barbie doll gituh.

ini hakak yaya yuki nak pesan mata ni kan awak, kalau hilang kita tak boleh beli dekat kedai tau tak ada gantinya, kecuali kalau kita ada penderma.Oleh itu, hargai lah mata awak awak semua tu, jaga ia sebaik mungkin.Kerana mata adalah sesuatu anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit atau sebagainya.

Sedikit Tips untuk Pengguna Lens

*Sebelum pegang lens tu pastikan tangan kita berada dalam keadaan bersih dari segala kekotoran.

*Mangkuk Lens tu rajin rajin laa bersihkan.Kekadang ada habuk halus2.

*Lens biasanya maximum 3 bulan. Mungkin boleh extend lagi tapi better after 3 months using. buang terus.

*Hati-hati bila beli lens.Kena pandai pilih.

*Jangan sesekali basuh lens tu pakai air biasa.Memang tak boleh dik, sebab dia ada solution khas.Boleh dapat di kedai cermin mata berdekatan ye :) tak silap masa beli hari tu around RM15 untuk botol besar.

*haa lagi 1 jangan pakai lens lebih 8 jam dan paling bahaya bawa ke tidur.BAHAYA! aku ingat lagi mak kawan aku dia terlupa pakai lens and then dia tidur, lepas tu bangun pagi esok lens nya dah merayap ke mana tah.Haa bahaya okay.dan bila pakai lens tolong jangan sesekali dekat dengan api, macam tempat BBQ dan apa2 yang lebih kurang macam tu.


#sayaPeduliDenganMataAnda #JomHargaiMataKita

Instagram : @yayayuki96


Thanks for reading
Love,
YAYA YUKI

FeecaMella Raya 2015 Giveaway

Assalamualaikum semua :) hai jom cantik-bergaya dengan FeecaMella Raya collection dengan menyertai FeecaMella Raya 2015 Giveaway.Sila Tekan Banner di atas untuk menyertai Giveaway ini.

Mudah sahaja :)

Kawankawan hanya perlu jawab 1 soalan mudah and berpeluang untuk menang
giveaway awesome dari kami :)
Boleh lah dapat duit raya and bergaya dengan FeecaMella dalam bulan Raya ni.
Raya kan Sebulan. Sempat lagi nak bercantik-cantik :)


Giveaway bermula dari 23 July 2015
and berakhir pada 31 July 2015


Pemenang akan diumumkan di blog ini and FeecaMella Instagram
pada 2 hari berikutnya 2 August 2015 :)


Syarat-Syarat Wajib Penyertaan :


1. Tulis entry yang bertajuk "FeecaMella Raya 2015 Giveaway"
-----> (Copy & Paste kandungan entry ini)


2. Follow blog ini, Aynal Mansor


3. Follow Instagram @FeecaMella


4. Like Facebook FeecaMella


Soalan :


1. Pada Tahun Bilakah FeecaMella Ditubuhkan?
----> Nak tahu Jawapan mudah ada di Entry Ini :))


*******

Letakkan link penyertaan & nama instagram kawankawan di ruangan komen di bawah ini. !! :)

CONTOH PENYERTAAN :




Jom join.Semoga Berjaya :)
Thanks for reading.

Love,
YAYA YUKI

Wednesday, 22 July 2015

Ajaibnya Solat Dhuha



Entri kedua hari ialah nak bercerita tentang Solat Sunat Dhuha.Masa aku form 5 dulu memang tak pandai serious talk.Masa periksa akhir tahun tingkatan 4 aku dapat nombor 30/35 macam tu haaa.Lepas tu plus malas, apa semua laaa. 

satu hari terjumpa satu Blog ni entrinya tentang Tips-Tips nak cemerlang dalam pelajaran.Antaranya solat Dhuha.Jadi hari ini aku nak kongsikan peningkatan prestasi pelajaran daripada amalan Solat Dhuha.Untuk pelajar khususnya kalau boleh jadi kan solat Dhuha ini sebagai satu rutin wajib dalam hidup anda.

Selain membantu menguatkan ingatan, solat dhuha juga membantu mencerdaskan minda dan badan kita.Sedikit perubahan yang aku perasan antaranya ialah peningkatan Gred Peperiksaan macam Matematik selalu tak lulus tapi Alhamdulilah semakin hari semakin meningkat.

Sehinggalah sewaktu keputusan SPM diumumkan aku terkejut,kerana tak sangka aku juga mampu membuat mak ayah tersenyum. Alhamdulilah :)
Mungkin tak laa tahap cemerlang Straight A tu, tapi adalah yang boleh dibanggakan oleh diri sendiri yang akan menjadi kenangan sampai hari tua nanti.

Masih segar dalam ingatan, Tuan Pengetua selalu mengingatkan bahawa SPM ini adalah turning Point untuk kita mulakan kehidupan yang baru di luar sana.Untuk adik-adik yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. Berusaha bersungguh-sungguh dan jangan ambil mudah.

Oleh itu, sedikit perkongsian tentang cara-cara menunaikan solat Dhuha

1) NIAT : "Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala"
"Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

2) Rakaat Pertama : Selepas membaca Al-fatihah digalakkan membaca surah As-Syams.

3) Rakaat Kedua : Selepas membaca Al-fatihah digalakkan membaca surah Ad-Duha.

4) Ketika Sujud Terakhir : Baca doa ini 3 kali.

Cara-Cara Solat Dhuha credit to
http://islamagamaku197.blogspot.com/2012/06/cara-cara-menunaikan-solat-sunat-dhuha.html


Semoga Bermanfaat :)

Love,
YAYA YUKI

Tak Sangka Hakak Yaya.....Alhamdulilah

Assalamualaikum semua :) Alhamdulilah akhirnya Blog YAYA YUKI muncul juga di ruangan Blogger Remaja Berita Harian. Terima Kasih berita harian kerana sudi review Blog Yaya Yuki yang tak seberapa ni hehehe.Doakan cita-cita yaya boleh siapakan novel ni dan mempunyai something di bawah brand YAYA YUKI tercapai ye.






Berita Harian keluaran 22 Julai 2015

Terima kasih sudi membaca :)


love,
YAYA YUKI

Tuesday, 21 July 2015

Cuti Habeh Dah Kengkawan / Sedikit Motivasi untuk Malam ini :D

Assalamualaikum semua :D hai pejam celik habeh dah cuti, alamak 7 hari kot macam tak rasa.hari ni secara officialnya baru aku dok pulun siapkan esei-esei sejarah yang dah lama aku skip. Ni semua pasal nak ghayo lagi nak kumpul duit pastu nak beli cekelat bebanyak *dah besar tak sedar diri, berapa sen jek dapat* ehh untung orang nak bagi hokeyh. Alhamdulilah Syukur Selalu :D

Btw, Aku pujilah iklan Tv3 dengan Tm Streamyx. kalau tengok hayati betul-betul memang dapat refleksi diri.

Tagline Tv3 : #SyukurSelalu
yang TM Pulak : Kalau mereka yang sederhana pun boleh memberi kenapa tidak saya :)

Tahniah TM dan TV3 IklanRayaYangMenyentuhHati untuk #SyukurSelalu.

today is 21 / 7 /15. and i'll be sit on MUET papers on 1/8/2015 wish me luck guyss :D.

lebih kurang 3 bulan jek lagi iolls counting days untuk grade dari Form 6 hehe :) lepas tu dah boleh pkiaq nak pilih kos untuk degree, sebab iolls tak sabaq nak masuk universiti. :)

okay untuk penutup malam ni aku nak share sesuatu gambar ni. Tengok la :)




Credit to Fb : Ashraf Chaudry for this picture 

Please tag everyone who is worried about his/her low GPA or who is too arrogant because of his/her high GPA.

sedikit motivasi sebelum kita tidur :)

okay sampai sini jek, jumpa lagi byeee

Love.
YAYA YUKI

Saturday, 18 July 2015

Hari Raya 2015

Assalamualaikum semua :) Okay agaknyaa aku paling lambat update pasal hari ghayooo hehe. Okay tahun ni lain skit sebab aku sambut raya dekat kampung, first time okay, sebelum ni kalau tak raya kat rumah kat rumah nenek belah ibu, rumah nenek belah ibu tak duduk kat kampung since atuk dan nenek dan tak ada, tahun ni ayah aku berhasrat nak raya di Kampung KORIS.haa Koris? tak pernah dengar pun??.. okay actually kampung aku ni femes okay, since ada Pulau Tikus kat situ selain Pantai Sungai Lurus, Mengikut sejarah dahulu kala ianya dikenali sebagai Keris lama-kelamaan jadi Koris, Ayah aku memang asal dari koris, memang lahir kat sini. So, this is my first Raya in Kampung.The Best Moment Ever, yang tak boleh bla, nenek aku kemain semangat nak selfie oi.Jadi lepas ni boleh lah aku hadiah OPPO kat nenek aku hehe :)

Seronok raya kat kampung rupanya sebelum ni tak pernah pun masak kat luar,bila raya kampung ni ayah nenek pak cik mak cik dok masak kat luar dengan feel of nature, hangin hembus lembut meniup gitu ohhhh best gila, tambah pula tengah-tengah musim durian kan? seronok gila makan tak ingat dunia uolls.Masa dekat kampung tu tetiba nenek aku tanya "Long,lepas ni nak belajar kat mana"
"aku : nak ke Sabah nek hehe". "Nenek: oiiiii jauhnyaaa cucu nenek, jangan lupa nenek okayh"."Aku:Nek, mana boleh lupa nek, raya confirm balik nek siyes iloveeyouuuu Nek".Tetiba touching pulaks aku dengar nenek aku cakap macam ni. :(.eh eh ada lagi nenek aku cakap dengan aku.Antara pesanannya yang aku asyik terngiang-ngiang. "Long, belajar dulu okay jangan kahwin cepat-cepat,Hargai diri sendiri dlu".Aku terhembus air dalam mulut kat kucing depan aku, tersedak gila kau, kucing tu pun tengah lena tidur terus buat muka marah kat aku pastu bla, dia pun satu asal duduk depan aku. Pesanan nenek aku tu agak "DEEP" oi.

Yela dulu-dulu aku pernah terfikir nak kahwin muda, hahaha sebab apa?? jeles oi tengok yang kahwin muda ni bahagia semacam jek.Tapi nak buat macam mana jodoh takdak hehe.Sekarang Encik Buah Hati adalah, cuma apa yang aku jatuh cinta sangat kat dia ni, dia seorang supporters yang perrghhh 100 bintang aku kasi, Hari2 remainders beb "habiskan belajaq dulu na, Habis Degree dulu,baru fikir pasal abang ye sayang hehe" dengan dipertemukan dengan encik buah hati ni, aku bersyukur sangat Alhamdulilah sangat memahami.Kini,aku akan merealisasikan harapan ibu ayah,nenek dan Encik Buah Hati nun jauh di sana :D


EH nak cerita pasal raya jek ponn, termelarat lebih-lebih pulok heee sorry na, apa-apapun selamat hari ghayooo uoollsss, jemput datang rumah ye Salam 0-0. #Syukur selalu, sedikit imbuhan dari saya silalah silalah tengok gambar keluarga kami di bawah hehe :D



 keluarga besar MS Family



Mak dengan Ayah cantik dan segak tak?? hehe

okay sampai disini sahaja. Jumpa lagi di entri akan datang Insyaa ALLAH :) 
Thanks For Reading #HappyEIDMUBARAK #SyukurSelalu


love,
YAYA YUKI

Tuesday, 14 July 2015

Ehh Awak Dah Nak Raya Dah

Assalamualaikum semua :) Ya Allah dah nak raya dah ye :) so bagaimana persiapan korang semua menjelang Eid Mubarak. Rumah?? dah basuh ke belum?? baju raya berapa pasang?? ehem, kuih dah isi dalam balang ?? hehe


di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya, Maaf zahir dan batin.
kalau-kalau selama yaya menulis di Blog ni ada entri2 yang menyebabkan anda terasa atau terkecil hati dengan yaya ke? maaf ya, Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu dari diri yaya sendiri.

Sebenarnya yaya berhasrat untuk mencetak kad raya sendiri untuk diberi kepada rakan Bloggers. Tapi apakan daya masih belum berkesempatan.InsyaaALLAH tahun depan yaya akan bercuti lebih kurang selama 7 bulan,jadi yaya akan jalankan #ProjekKadRaya tu ye..tunggu ye hehe :)

so yaya sempat buat ni jek...


Selamat Menyambut Hari Raya , Jemputlah datang rumah yaya ye . Terima kasih kerana sudi Membaca

Love,
Yaya Yuki

Sunday, 12 July 2015

Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Menjelang Hari Raya

Assalamualaikum semua, diam tak diam kita telah berada di fasa ketiga Bulan Ramadhan.. Sekejap masa berlalu, entah tahun depan sempat berjumpa lagi ke tidak.Harapnya kita semua masih diberi peluang untuk bertemu Bulan Ramadhan :). Lebih kurang 5 hari lagi Bulan Syawal akan menemui kita, Oleh itu, di sini yaya yuki ingin berkongsi sesuatu atau pengetahuan yang sangat penting dan perlu diberi perhatian.



semoga bermanfaat.Semoga kita semua menemui Malam Seribu Bulan :)
Thanks for reading :)

love,
Yaya Yuki