Wednesday, 27 April 2016

#Perhatian Ibu Bapa sila periksa beg anak anda

"Cikgu! Dalam beg sekolah saya ada ular!" kata seorang murid tahun 1. Ingatkan menipu, bila keluarkan buku-buku dari beg. Ular muncul di depan mata! Terus campak beg itu. Ular itu datang dari rumahnya, bersembunyi dalam beg sekolah. Ibubapa, minta periksa beg anak-anak anda. 
*Credit to: My Media Hub
love,
Yaya Yuki

Pengalaman Temuduga SPA (SEPARA PERUBATAN) dan Tips

*maaf kerana entri ini terlalu panjang. Isi penting adalah TULISAN YANG DIBOLD* saya akan kemaskini entri ini semula untuk memberitahu keputusan temuduga saya. Doakan saya berjaya dalam temuduga ini.*
Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak berjaya dalam temuduga ini. Huhu insyaAllah akan cuba lagi untuk ambilan Januari 2017.
Assalamualaikum semua :). Sebenarnya aku dah lama nak ceghitaa pasai "PENGALAMAN TEMUDUGA SPA" ni, tapi tuh laa asyik hold hari ni bawa ke esok hold lagi, tak sudah aku asyik hold jek huuu. Hari ni baru dapat menyiapkan entri pengalaman ini sepenuhnya. Mudah-mudahan entri ni dapat mendatangkan manfaat kepada korang.
Actually this is my first time dipanggil menghadiri temuduga SEPARA PERUBATAN setelah hampir 3 tahun menunggu, alhamdulilah rezeki aku pada tahun 2016. Sebelum dipanggil interview ni, korang akan menjalani peperiksaan online kemasukan separa perubatan dulu, kemudian setelah lulus baru dipanggil temuduga. 
Peperiksaan online tak susah pun korang. Dia ada 2 bahagian. Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A ni dia more kepada sikap or tentang diri kau. Contoh soalan : "anda suka melukis". Kalau kau jawab ya. Maknanya kau nak jadi pelukis laaa bukan nak terlibat dalam bidang separa perubatan haaa nampak tak sebenarnya uji minat kau sebetulnya pada apa. Bahagian B pula, tentang pengetahuan am. Pengetahuan am luas laa kan so baca laaa apa-apa yang sepatutnya kita perlu tahu.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM HADIR KE TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN

1. Selepas semak tawaran temuduga ni WAJIB Print tau!. Ini adalah bukti kau dipanggil temuduga. Sebelum kau ditemuduga kau akan mendaftar dengan tunjuk bukti panggilan ni. Masa aku pergi temuduga tu memang ada jek yang tak print benda ni, orang SPA memang benarkan kau print dekat ofisnya. Tapi tapi ini kan interview beb, tunjukkan bahawa kita sangat teliti dengan benda-benda penting macam ni. First Impression itu penting. Lagi 1, kalau kau tak print benda ni siap-siap, kang bila orang SPA tu tanya "A, mana bukti awak dipanggil temuduga ni?" pastu kau pulak jenis panik overddoseee teruihhhh gelabah gila terus menganggu mood kau nak temuduga. Siapkan awal-awal lagi DAEBAK gitu. Lagi memudahkan urusan kite.

2. Susunan Sijil.
-Ic (original)
-Surat Beranak
-Sijil SPM (bukan slip)
dan
-Sijil berhenti sekolah
diikuti dengan sijil-sijil koko dan akademik kau dari (contoh tahun 2013 ke 2016) yang lama berada di depan. Kemudian 5 dokumen di atas perlu di fotostat. Aku sangat galakkan buat laa 2 3 copy sebagai backup kot laaa tertumpah air ke kan biasala nervoussss kan. Masa orang SPA tu cek fail aku dia kata BAGUS awak ni persediaan rapi aku pun hehe tersenyum dengan hati yang tenang sambil menhembuskan nafas yang lega fuhh. Orang sebelah pula, Kena keluarkan balik sijil sebab salah susun. Its okay maybe dia tak tahu. Sebab tu aku nak share dengan korang ni semoga dipermudahkan urusan korang. Ohh ye, sebelum terlupa dokumen yang kita copy tu seeloknya letak laa dalam sampul surat colour koko tu lebih rapi dan kemas gitu. 
3. Etika pakaian. (rujuk rajah di bawah sebagai contoh)
Hakak-hakak semua dinasihatkan jangan pakai shawl ye. Shawl tidak diklasifikasikan sebagai pakaian formal. Boleh make up skit-skit yang tidak keterlaluan dan terlalu menonjol.

*gambar ni diambil semasa on the way ke tempat temuduga hehe*
muka jek nampak macam acah-acah tenang tapi di punya nerrvoussss tu huhh tak dapat aku nak describe.
SEMASA INTERVIEW
Ketuk pintu beri salam. Kemudian masuk, dengan sopan hulurkan fail dan dokumen-dokumen berkaitan kepada panel penemuduga tersebut. Jawab soalan-soalan yang diajukan dengan jelas dan nyata yang penting jangan senyap jek tau. Walaupun kau tak tahu atau tak pasti kau jawab jek. Soalan-soalan yang diajukan tak susah pun korang jangan susah hati. Penemuduga banyak tanya pasal pengetahuan umum yang simple-simple.
Penemuduga 1: baiklah nur aliah sila kenalkan diri anda?
Yaya Yuki : nama saya ... umur... dari......., bercita-cita ingin menjadi seorang doktor tetapi tidak kesampaian kerana dari aliran sastera, jadi ini adalah satu peluang yang terbaik yang saya boleh manfaatkan untuk mengejar cita-cita saya berkerja dalam bidang separa perubatan. (lebih kurang introduction aku macam ni lah. Jangan panjang-panjang sangat, cerita profile korang yang penting-penting jek. Yang penting padat) Cerita kau juga perlulah ke arah kerja yang kau minta juga ye. 
Penemuduga 2: Baiklah nur aliah saya nilai dari segi result spm awak ni sangat baik, dan saya nampak awak minat dengan mata pelajaran sains. Pilihan pertama awak adalah Penolong Pegawai Perubatan (Medical Assistance) 
Cuba bagitau saya serba sedikit tentang Medical Assitance.
Uniform dia macam mana?
Yaya Yuki : u29 (seluar hitam baju putih berlengan pendek kasut kulit hitam)
u32(seluar hitam, baju hijau berlengan pendek kasut kulit hitam)
u36 sehingga u54 (seluar hitam, baju hijau berlengan panjang kasut kulit hitam)
Penemuduga 2 : Pengetahuan awak tentang perkerjaan yang awak pilih sangat mendalam bagus.
Actually banyak lagi soalan yang ditanya cuma aku tak ingat sangat sorry. Korang jgn risau soalan yang ditanya tak laaa susah mana, soalan relaks and ofcoz kena tahu banyak tentang jawatan yang kita pilih dan mengenai KKM (kerana kita akan berkerja di bawah bidang ini). Lebih kurang 40 minit macam tu aku ditemuduga.

*inilah tempat temuduga aku, Menara Ansar, Johor Bahru*
SEBELUM PERGI TEMUDUGA
1. Banyakkan research mengenai tugas jawatan yang kita pilih.
2. Nama-nama menteri yang memegang jawatan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia kena ambil tahu.
3. Visi, Misi, Moto.
4. Sediakan dokumen lengkap.
5. Banyakkan berdoa.
SELEPAS TEMUDUGA
1. Banyakkan berdoa dan solat hajat
2. Positif. Ada rezeki kita ada laa kan InsyaaALLAH.
Kepada yang bakal menghadiri temuduga aku ucapkan GOOD LUCK, buat yang terbaik ye. Harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu korang kurang kan nervous.
Thanks for reading.
Love,
Yaya Yuki
*jika ada soalan boleh tinggalkan komen di bawah ni ye atau terus email ke
yayayuki96@gmail.com*

Tuesday, 26 April 2016

Order dari ZALORA dah sampai. #5Bintang #Review

Assalamualaikum hai semua, selamat pagi. Haa, hari ni yaya nak story mory order dari ZALORA dah sampai wuu bestnyaaa tak sabar nak try. Yaya beli Kimono Wrap Calacara dari Zalora. Material okay pakai rasa sejuk jek. Ianya juga kelihatan stylish dan elegent gituw hehehe.

Rasanya 2 hari jek dah sampai barang depan rumah, dengan packaging yang kemas dan safety. Zalora siap sediakan resit poslaju andai kita nak return kan barang semula. Andai kata kita nak return senang jek, isi resit poslaju, kemudian pos kan barang tersebut. Dalam masa 2 hari selepas barang itu sampai ke Zalora, duit anda akan dikreditkan semula ke dalam account Zalora anda. Haa mudah kan?

Seronok shopping di Zalora. Barang berkualiti tinggi, servis laju dan urusan pemulangan semula mudah dilakukan.




Ini lah kimono wrap cardingan labuh rasanya ia sesuai untuk 165 cm ke bawah ada 3 warna hitam, beige dan merah. Yaya pilih merah, sebab yaya seorang yang garang. (ehh garang laa sangat kan) hehehek.

sampai sini dulu. Btw, Thanks for reading.

Love.
Yaya Yuki

Monday, 25 April 2016

Semakan Panggilan Temuduga USM

Assalamualaikum semua selamat malam. Kepada yang mohon USM sila ambil perhatian ye bahawa Semakan Panggilan Temuduga USM boleh dilakukan pada 25 April bermula jam 2.00 petang tadi. Semakan boleh dibuat di 

Good luck semua :)

Love,
Yaya Yuki

Wednesday, 20 April 2016

Fesyen Pakaian Muslimah Moden dan Terkini dari ZALORA

Assalamualaikum hai semua :) korang semua mesti pernah shopping di ZALORA kan?? haaa hari ni yaya nak review "Fesyen Pakaian Muslimah Moden dan Terkini dari ZALORA"
Perasan tak sekarang ni ramai wanita bertudung yang semakin bijak bergaya. Jika ingin dibandingkan dengan gaya wanita bertudung suatu ketika dahulu, kita dapat melihat perkembangan fesyen Muslimah yang meningkat dengan amat mendadak. Wanita bertudung kini diberikan lebih banyak pilihan pakaian fesyen Muslimah yang moden dan terkini. Antara trend-trend fesyen pakaian Muslimah moden dan terkini yang sering menjadi pilihan ramai hijabista adalah seperti berikut:
Dress Moden
Kini semakin banyak jenama yang menawarkan koleksi dress Muslimah atau maxi dress yang sesuai digayakan oleh wanita bertudung. Potongan yang labuh dan tidak terdedah membolehkan mereka mudah menggayakannya dengan koleksi hijab pilihan mereka. Koleksi dress ini sering digayakan untuk menghadiri majlis-majlis istimewa seperti undangan perkahwinan dan seumpamanya.
Maxi Kaftan
Selain dress Muslimah, kaftan merupakan alternatif kedua yang juga digemari ramai Muslimah. Selain potongan kaftan yang amat selesa dipakai, ia juga boleh digayakan oleh semua wanita tanpa mengira bentuk badan mereka. 
Blouse Muslimah
Begitu juga dengan koleksi blouse Muslimah yang kini sedang trending dikalangan para hijabista. Selain memakai baju kurung, mereka juga gemar menggayakan blouse Muslimah ini dengan padananan skirts labuh untuk gaya yang sempurna. 
Jumpsuits
Bagi Muslimah modern yang gemar bergaya unik pula, anda juga diberikan pilihan koleksi jumpsuits yang direka khas bersesuaian dengan pemakaian hijab anda untuk penampilan yang sopan seperti berikut.

Jom dapatkan koleksi pakaian muslimah moden dan terkini dari pelbagai jenama yang popular di Zalora sekarang! dengan harga yang berpatutan.

Love,
Yaya Yuki

Tuesday, 19 April 2016

Ketahui 8 Tanda Badan Anda Penuh Toksin

Assalamualaikum hai semua :) kadang-kadang kita pelik kan kenapa orang A makan sesuatu produk cepat jek nampak kesan. Tapi, kita?? berbotol-botol pun tak nampak mana kesannya? Hah, inilah salah satu punca kenapa produk yang kita makan susah nak serap dalam badan. TOKSIN. Macam mana nak buang toksin ni? senang jek. Detoks badan anda.

Sharing is caring.
love,
Yaya Yuki

Sunday, 17 April 2016

Murtabak Cheese Terbaik di Johor Mesti Cuba!

Assalamualaikum hai semua :) malam ni yaya nak buat korang terliurr boleh dak?? hehe. Nak share satu tempat memang terbaik untuk penggemar Murtabak Chesseee serious power. Takkan menyesal makan dan confirm korang akan repeat lagi.
MAJID MURTABAK CHEESE
Area : LARKIN, JOHOR
highly recommendend by me.

*fefeling tengah tarik pizzaaa pulok hihiks*

*maaf jika gambar kurang profeesional*
hehehe.

* yaya yang tudung kuning tu. huhu. Kenapa pipi kembung hari-hari dok makan murtabak cheese jek kan, mana pipi tak kembung* hihiks

Macam yaya order ni size biasa RM15. Paling besar hanya RM 20 size jumbo. Jimat, Berpatutan paling penting sedap :). Cheese yang digunakan juga adalah cheese yang berkualiti tinggi iaitu mozarella dan cheddar. 

Selamat mencuba.

Love,
Yaya Yuki

Friday, 8 April 2016

Apa bakal berlaku jika bumi kehilangan oksigen selama 5 Saat?













Sharing is Caring. Thanks for reading. 

love,
Yaya Yuki

Monday, 4 April 2016

Jom Buat Detoks dengan 3 Bahan Ini Sahaja

Assalamualaikum semua :) malam ni yaya nak share resipi buat air Detoks. Senang mudah ringkas dan sedap hehehe. Actually resepi ni yaya terpandang di Fb tapi, sangat-sangatlah terlupa namanya. Btw, Thanks owner untuk reseipi yang sangat mudah dan pantas :)

Bahan-bahan
1. Lemon
2. Teh Hijau
3. Halia.

1. Lemon
Boleh dapat kan di pasar dengan harga rm2 sebiji.

2. Teh Hijau.
Semua brand okay. Yaya prefer Ahmad Green Tea.

3. Halia.
Minta sikit halia mak. Huhuhu. ihiks.

Lemon hiris nipis-nipis, halia ditumbuk, kemudian campurkan lemon, halia bersama teh hijau di dalam air. Seterusnya masak di atas dapur. Boleh juga kalau nak gunakan electrical kettle. 

Rebus-rebus dalam 20-30 minit gitu dah boleh tutup api atau matikan suis dah. Tapiskan bahan-bahan tadi. Kemudian air detoks boleh diminum sama ada panas atau sejuk, yaya prefer suam-suam hehe. 

Okay done.
ini hasil masa yaya tengah rebus semua bahan-bahan ni.

and taraaaaa dah siap warna nya macam air tebu sikit-sikit hihiks.



Sharing is Caring.

Thanks for reading.


Love,
Yaya Yuki



Sunday, 3 April 2016

Berhati-Hati Dalam Percakapan Ketika Bergurau

Assalamualaikum semua. Berhati-hati ketika bergurau silap kata boleh menyebabkan Kafir tanpa SEDAR.


Sharing is caring. Take note. Thanks for reading.

love,
Yaya Yuki

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini

Mini Giveaway By Niena Annisa

ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :






Shawl chiffon x 2 pemenang