Wednesday, 27 April 2016

Pengalaman Temuduga SPA (SEPARA PERUBATAN) dan Tips

*maaf kerana entri ini terlalu panjang. Isi penting adalah TULISAN YANG DIBOLD* saya akan kemaskini entri ini semula untuk memberitahu keputusan temuduga saya. Doakan saya berjaya dalam temuduga ini.*
Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak berjaya dalam temuduga ini. Huhu insyaAllah akan cuba lagi untuk ambilan Januari 2017.
Assalamualaikum semua :). Sebenarnya aku dah lama nak ceghitaa pasai "PENGALAMAN TEMUDUGA SPA" ni, tapi tuh laa asyik hold hari ni bawa ke esok hold lagi, tak sudah aku asyik hold jek huuu. Hari ni baru dapat menyiapkan entri pengalaman ini sepenuhnya. Mudah-mudahan entri ni dapat mendatangkan manfaat kepada korang.
Actually this is my first time dipanggil menghadiri temuduga SEPARA PERUBATAN setelah hampir 3 tahun menunggu, alhamdulilah rezeki aku pada tahun 2016. Sebelum dipanggil interview ni, korang akan menjalani peperiksaan online kemasukan separa perubatan dulu, kemudian setelah lulus baru dipanggil temuduga. 
Peperiksaan online tak susah pun korang. Dia ada 2 bahagian. Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A ni dia more kepada sikap or tentang diri kau. Contoh soalan : "anda suka melukis". Kalau kau jawab ya. Maknanya kau nak jadi pelukis laaa bukan nak terlibat dalam bidang separa perubatan haaa nampak tak sebenarnya uji minat kau sebetulnya pada apa. Bahagian B pula, tentang pengetahuan am. Pengetahuan am luas laa kan so baca laaa apa-apa yang sepatutnya kita perlu tahu.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM HADIR KE TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN

1. Selepas semak tawaran temuduga ni WAJIB Print tau!. Ini adalah bukti kau dipanggil temuduga. Sebelum kau ditemuduga kau akan mendaftar dengan tunjuk bukti panggilan ni. Masa aku pergi temuduga tu memang ada jek yang tak print benda ni, orang SPA memang benarkan kau print dekat ofisnya. Tapi tapi ini kan interview beb, tunjukkan bahawa kita sangat teliti dengan benda-benda penting macam ni. First Impression itu penting. Lagi 1, kalau kau tak print benda ni siap-siap, kang bila orang SPA tu tanya "A, mana bukti awak dipanggil temuduga ni?" pastu kau pulak jenis panik overddoseee teruihhhh gelabah gila terus menganggu mood kau nak temuduga. Siapkan awal-awal lagi DAEBAK gitu. Lagi memudahkan urusan kite.

2. Susunan Sijil.
-Ic (original)
-Surat Beranak
-Sijil SPM (bukan slip)
dan
-Sijil berhenti sekolah
diikuti dengan sijil-sijil koko dan akademik kau dari (contoh tahun 2013 ke 2016) yang lama berada di depan. Kemudian 5 dokumen di atas perlu di fotostat. Aku sangat galakkan buat laa 2 3 copy sebagai backup kot laaa tertumpah air ke kan biasala nervoussss kan. Masa orang SPA tu cek fail aku dia kata BAGUS awak ni persediaan rapi aku pun hehe tersenyum dengan hati yang tenang sambil menhembuskan nafas yang lega fuhh. Orang sebelah pula, Kena keluarkan balik sijil sebab salah susun. Its okay maybe dia tak tahu. Sebab tu aku nak share dengan korang ni semoga dipermudahkan urusan korang. Ohh ye, sebelum terlupa dokumen yang kita copy tu seeloknya letak laa dalam sampul surat colour koko tu lebih rapi dan kemas gitu. 
3. Etika pakaian. (rujuk rajah di bawah sebagai contoh)
Hakak-hakak semua dinasihatkan jangan pakai shawl ye. Shawl tidak diklasifikasikan sebagai pakaian formal. Boleh make up skit-skit yang tidak keterlaluan dan terlalu menonjol.

*gambar ni diambil semasa on the way ke tempat temuduga hehe*
muka jek nampak macam acah-acah tenang tapi di punya nerrvoussss tu huhh tak dapat aku nak describe.
SEMASA INTERVIEW
Ketuk pintu beri salam. Kemudian masuk, dengan sopan hulurkan fail dan dokumen-dokumen berkaitan kepada panel penemuduga tersebut. Jawab soalan-soalan yang diajukan dengan jelas dan nyata yang penting jangan senyap jek tau. Walaupun kau tak tahu atau tak pasti kau jawab jek. Soalan-soalan yang diajukan tak susah pun korang jangan susah hati. Penemuduga banyak tanya pasal pengetahuan umum yang simple-simple.
Penemuduga 1: baiklah nur aliah sila kenalkan diri anda?
Yaya Yuki : nama saya ... umur... dari......., bercita-cita ingin menjadi seorang doktor tetapi tidak kesampaian kerana dari aliran sastera, jadi ini adalah satu peluang yang terbaik yang saya boleh manfaatkan untuk mengejar cita-cita saya berkerja dalam bidang separa perubatan. (lebih kurang introduction aku macam ni lah. Jangan panjang-panjang sangat, cerita profile korang yang penting-penting jek. Yang penting padat) Cerita kau juga perlulah ke arah kerja yang kau minta juga ye. 
Penemuduga 2: Baiklah nur aliah saya nilai dari segi result spm awak ni sangat baik, dan saya nampak awak minat dengan mata pelajaran sains. Pilihan pertama awak adalah Penolong Pegawai Perubatan (Medical Assistance) 
Cuba bagitau saya serba sedikit tentang Medical Assitance.
Uniform dia macam mana?
Yaya Yuki : u29 (seluar hitam baju putih berlengan pendek kasut kulit hitam)
u32(seluar hitam, baju hijau berlengan pendek kasut kulit hitam)
u36 sehingga u54 (seluar hitam, baju hijau berlengan panjang kasut kulit hitam)
Penemuduga 2 : Pengetahuan awak tentang perkerjaan yang awak pilih sangat mendalam bagus.
Actually banyak lagi soalan yang ditanya cuma aku tak ingat sangat sorry. Korang jgn risau soalan yang ditanya tak laaa susah mana, soalan relaks and ofcoz kena tahu banyak tentang jawatan yang kita pilih dan mengenai KKM (kerana kita akan berkerja di bawah bidang ini). Lebih kurang 40 minit macam tu aku ditemuduga.

*inilah tempat temuduga aku, Menara Ansar, Johor Bahru*
SEBELUM PERGI TEMUDUGA
1. Banyakkan research mengenai tugas jawatan yang kita pilih.
2. Nama-nama menteri yang memegang jawatan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia kena ambil tahu.
3. Visi, Misi, Moto.
4. Sediakan dokumen lengkap.
5. Banyakkan berdoa.
SELEPAS TEMUDUGA
1. Banyakkan berdoa dan solat hajat
2. Positif. Ada rezeki kita ada laa kan InsyaaALLAH.
Kepada yang bakal menghadiri temuduga aku ucapkan GOOD LUCK, buat yang terbaik ye. Harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu korang kurang kan nervous.
Thanks for reading.
Love,
Yaya Yuki
*jika ada soalan boleh tinggalkan komen di bawah ni ye atau terus email ke
yayayuki96@gmail.com*

6 comments:

  1. maaf nak tya awak aliran sastera kan...awak matapelajaran math dengan english gred apa?

    ReplyDelete
  2. kalau masa jwb soalan terggap2 skit agak2 bleh llus x iv?

    ReplyDelete
  3. mcam mana nak tahu tarikh keluar keputusan iv tu lulus atau tidak?

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D