Wednesday, 22 June 2016

Resepi : Pau Cendawan



UNTUK INTI

2 biji bawang holand
1 tin cendawan butang
Isi ayam potong kecil
3 sudu butter untuk tumis
2 cubit serbuk lada hitam
1/2 tin sup cendawan (tin kecil)
3 keping keju cheesedale
3 biji kentang parut
1 biji carrot parut
1 sudu kecil serbuk ayam Tumix


CARA-CARA

Tumis bawang sehingga layu. Masukkan ayam dan tunggu separuh masak. Selepas itu, masukkan kentang dan carrot. Tunggu sampai lembut.

Bila sudah lembut, masukkan sup cendawan tadi. Tunggu sehingga pekat sedikit, masukkan keju. Taburkan lada hitam, serbuk Tumix, gula dan sedikit garam.

UNTUK BANCUHAN COKLAT

2 sudu serbuk coklat
2 sudu tepung beras
Sedikit air untuk bancuh. 
Bancuh seperti bancuh water colour. Tak pekat sangat, tak cair sangat.

UNTUK DOH

300 grm tepung pau
Sedikit garam (gaulkan 2 bahan ini)
Setengah paket yis mauripan
2 sudu besar gula
1 sudu besar shortening

2 sudu besar susu pekat, 2 dua besar gula kacau dalam setengah gelas air suam. Selepas itu masukkan serbuk yis. Tunggu 15 minit atau sampai yis kembang naik buih.

Bila dah kembang yis masukkan dalam tepung uli sekejap kemudian tambah shortening. Kemudian uli tepung sampai lembut. Selepas itu rehatkan doh dalam 20 minit. Dah rehat dan kembang, tumbuk-tumbuk sikit doh dan uli lagi seketika. Dah lembut, bahagikan doh kepada 10. Ambil sedikit doh simpan untuk buat batang cendawan.

Doh yang dibahagia tadi bolehlah diisi dengan inti. Dah isi inti, sapukan bahagian atas dengan coklat cair tadi menggunakan berus. Tunggu 40 minit, baru kukus. Kukus dengan api besar selama 10 minit. Penutup kukus itu balut dengan bain. Kukus batang pau yang telah digentel sekali. Dah masak, buat lubang belakang pau. Kemudian celup batang pau dengan coklat cair tadi. Baru cocokkan batang cendawan dalam lubang bahagian bawah pau itu. Selepas itu, kukus lagi selama 5 minit.

Done, dah siap pau! Dah boleh dihidang dan dimakan. 

Resipi kredit to
Mariyana Nana (https://goo.gl/05bvL4)
dan Fb fanpage My Media Hub

Selamat mencuba .

Thanks for reading.
Love,
Yaya Yuki

3 comments:

  1. Replies
    1. sila sis :)
      ni pun yaya share dari FB.

      Delete
  2. x pernah jumpa lagi pau cendawan..kena cuba nie..resepi pun simple je...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D