Saturday, 18 June 2016

Resipi : Mee Bandung Muar

Sumber resipi kredit to FB Fanpage : Resipi Masakan Istimewa by Qamra Lyssa


Bahan-bahan

Mee kuning
1 labu besar bawang merah besar
5 ulas bawang putih
3 sudu cili kisar
2 sudu besar kacang tanah *digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.
1 sudu besar udang kering (tumbuk) *kalau suka boleh lebihkan. 
Daging *hiris nipis dan direbus.
Air rebusan daging
Ayam /Sotong /Udang *ikut suka nak letak apa
Ubi keledek oren *rebus dan tumbuk/lenyek/kisar
Sos cili 
Sos tiram 1 sudu besar
Kiub pati ayam
Garam, gula secukup rasa
Telur, Fishball, fishcake,
Sayur sawi 
Cili padi merah/ cili besar
Daun sup, Limau kasturi, Bawang goreng

Cara-cara

Kisar bawang dan tumis dengan cili kisar. Tumisla sampai cili masak dan wangi. Kemudian masukkan udang kering dan kacang tanah. Kacau-kacau bagi garing.
Kemudian saya letakkan ayam yang dipotong kecil-kecil, dan sedikit air, sebab tak ada stock daging, jadi, air rebusan daging pun skip la. Biasanya saya letak daging, kuah rasa lagi kick!
Pastu kacau-kacau ayam sampai separuh masak bolehla tambah air utk kuah. Agak-agakla air tu ye. Kemudian, letakkan isi keledek, kiub pati ayam, garam, gula dan juga lauk-lauk lain seperti sotong, udang, fishball, dan fishcake.
kemudian pecahkan telur. Akhir sekali, masukkan sayur, daun sup dan cili merah. Kemudian tabur bawang goreng dan perah limau kassturi di hidangan masing-masing. Kalau ada cili jeruk lagi best .

Sharing is caring. Thanks for reading.

LOVE,
Yaya Yuki

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D