Saturday, 18 June 2016

Resipi : Sambal Belacan Power

Assalamualaikum semua :) hari ni korang ifthorrr apa? yaya hari ni ifthorr ayam kari, lempeng (menu wajib), sayur campur dan sedikit kuih. Malam ni yaya nak sharekan resipi-resipi yang vavavoommm dari Facebook. Manalah tahu kalau dah bosan asyik masak menu sama kan? haaa jom ke Belog Yaya Yuki ni. Yaya kongsikan resipi-resipi hebat yang yaya dah kumpul di FB.

Sambal Belacan Power
Biasa nya ada sesetengah orang tak ada benda-benda pedas ni dia tak lalu nak makan kan?. ada-ada orang juga yang kadang-kadang tak ada mood nak makan. Jadi, boleh laa cuba buat sambal belacan power ni untuk meningkatkan selera anda.
Sumber resipi ini juga dikreditkan ke Fb Page Dapur MK

Bahan-bahan

5 biji lada merah + cili padi (utk pedas)
5 ulas bawang merah
1 biji tomato (belah 6, supaya senang nak tumbuk)
Sejemput ikan bilis
1-1/2" belacan
Sedikit gula melaka (sikit jer tau)
Cara;
Semua bahan digoreng dengan minyak (eloknya ikan bilis goreng berasingan).
Satukan dan tumbuk. Sedap makan dengan nasi panas.


 
Tengok pun dah terliur yaya ni huhu al maklum laaa kita ni hantu sambal belacan hehehe. Jom laa cuba :)

Sharing is caring. Thanks for reading.

Love,
Yaya Yuki

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D