Tuesday, 18 October 2016

Segmen Ucing Nak Bloglist

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-ucing-nak-bloglist.html

Segmen Ucing Nak Bloglist.

Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.

Thanks for invite ucing. Jom join.

Love,
Yaya Yuki

Every soul shall taste DEATH

Image result for everyone life will taste die

Assalamualaikum semua pembaca setia blog Yaya Yuki yang disayangi sekalian. Semalam dan hari ni yaya dikejutkan dengan pemergian seorang senior dan seorang lagi rakan sebaya semasa di sekolah menengah. Bila tiba masanya, bukan lah umur menjadi penghalang lagi, :( pantas masa berlalu sorang-sorang pergi menghadap penciptanya.

This your turn,
and our turn will come too, (dear soul have you prepare for it?) :(
maybe tonight,
tomorrow,
next month,
next year
because 

"Every soul will taste death and you will only be given your full compensation " - [Qur'an 3:185]

Al fatihah untuk almarhum Yusri dan Safwan semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempat di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

love,
Yaya Yuki

Saturday, 15 October 2016

Mahasiswa dan Blogger

Assalamualaikum hai semua :) sekarang ni macam kurang sikit kekerapan yaya hapdate blog ek. Huhu beginilah cerita hidup seorang mahasiswa/mahasiswi. Tapi-tapi yaya nak bagitau ni memang yaya jarang publish entry sebab kekangan masa, tapi yaya akan bukak blog ni tiap hari tau. Blog ni adalah blog yang aktif ye gais, please jangan unfollow huhu. So, u gais yang blogwalking tu tinggalkan jejak di cbox, insyaaAllah i will followback as soon as possible. 

So today, nak cerita mengenai satu program yaya and my group bersama anak-anak yatim dari rumah anak yatim sg.buaya hulu langat InsyaaALLAH bakal berlangsung pada hari yang sama dengan birthday yaya iaitu pada 19 November 2016. Hihi kebetulan tarikh yang dipilih sama dengan birthday kita. Program ini adalah di bawah citra Pembangunan Belia di mana student wajib buat program untuk melengkapkan penilaian markah dalam kursus ini.

Seronoknya bila korang masuk UKM ini adalah UKM ada citra, di mana citra ni boleh bagi korang banyak softskills sebagai contoh yang yaya and my group bakal buat ni adalah untuk melatih macam mana nak kendalikan program and segala-segalanya. Mahasiswa yang hebat adalah mahasiswa yang hebat dalam peperiksaan dan mahasiswa yang serba boleh (multitasking) kerana inilah ciri-ciri yang dilihat oleh majikan di luar dalam diri fresh graduate. 

Pernah dengar tak orang cakap "pointer bukan segala-galanya?" huhu actually pointer penting juga untuk melayakkan kita disenaraikan dalam temuduga. Jadi, kita kena pandai seimbangkan antara belajar dan kokurikulum. U get me? dekat u belajar tak lama pun, macam yaya ni hanya 3 tahun jek. Jadi gunakan kesempatan yang ada ni untuk kumpul seberapa banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan di masa hadapan.

Ada yang tanya main blog ni tak buang masa ke?? so blogger jom argue hahaha. Buang masa ke main blog ni? main blog ni pun boleh kira mengasah bakat juga awak. Kita rajin menulis, review, share event lama-lama kita akan jadi biasa dalam bidang penulisan kot-kot boleh menghasilkan novel atau buku sendiri ke kan? huhu. Lagi satu menulis ni dapat bantu orang juga. Macam mana? tulislah pengalaman interview nanti korang tengok berapa view dia confirm ramai. 

Konklusinya, apa kaitan mahasiswa dan blogger ni? Kaitan nya adalah mahasiswa dan blogger sangat memerlukan antara satu sama lain. Pada yaya, yaya sangat galakkan generasi Y Z ni terlibat dalam dunia blogger, sebab dalam pemerhatian yaya generasi Y Z ni sangatla kurang membaca. Buktinya, boleh tengok bahasa yang digunakan dalam aplikasi WECHAT. huhu yaya install wechat sebab nak buat kajian terhadap generasi Y dan Z. Bila dah jadi blogger, of coz akan suka tulis dan akan jadi rajin membaca di blog blogger lain. :)

Sekian untuk hari ni, dah lama sebenarnya rindu nak tulis huhu. Selamat berhujung minggu.



Lots of love,
Yaya Yuki

Sunday, 9 October 2016

Segmen Tambah Follower Blog Penselduabee


Assalamualaikum hai semua. Memandangkan yaya yuki agak dah lama krik-krik dari blogwalking kan so yaya join segmen ni untuk naik kan lah skit followers yaya yang dah lama tak tambah bilangannya tu huhu. So gais, jom blogwalking jemput follow sekali jangan lupa ye tinggal jejak kaki dekat cbox. 

click banner untuk join ye.

Lots of love,
Yaya Yuki