Wednesday, 4 January 2017

Pandangan Yaya Yuki tentang movie PEKAK

Image result for movie pekak
Assalamualaikum hai semua, sebelum ni yaya ada dengar yang movie pekak ni agak teruk dan movie ni tidak dibenarkan masuk ke negara tertentu. So, yaya pun mengambil inisiatif tonton sendiri dan beri pandangan dan ulasan yang boleh dibuat mengenai movie ni.

Jadi, selepas menonton movie ni, apa yang nampak adalah dari segi PENGAJARAN yang ingin diberikan. Mengikut movie ni, PENGARUH RAKAN SEBAYA memainkan peranan yang sangat penting. Watak Dara dalam ni adalah watak yang agak "lurus bendul" dan jenis tidak berani menolak ajakkan kawannya iaitu watak Melur, dan Dara juga tidak berani memberitahu ayahnya bahawa Melur orang yang membawa dia kepada benda-benda negatif. Yaya sangat pasti dalam dunia realiti pun pasti ada situasi macam ni terjadi.

Untuk ibu bapa diluar sana, sila cek dengan siapa anak anda berkawan, anak anda keluar, teman belajar dia sangat penting. Dan yaya rasa untuk hari ini telefon bimbit anak-anak juga perlu diselongkar memandangkan hasil pemerhatian yaya pada budak-budak "wechat" kebanyakkan terlalu bebas seawal usia yang terlalu muda di bangku sekolah rendah lagi. 

Bagaimana pula dengan watak pekak yang dibawa oleh watak Uda dalam ni? Apa yang yaya nampak adalah "matlamat tidak menghalalkan cara" watak Uda dalam ni adalah watak yang menjual dadah untuk membuat pembedahan untuk dengar kembali dengan kos yang dianggarkan 60 ribu. Tetapi, hasilnya pembedahan dia gagal, dan dia tidak mampu mendengar semula. Dalam dunia ini, lagi-lagi soal duit perlu ada keberkatan dan cara dapatkannya wajib menggunakan cara yang halal kerana itulah yang akan menjadi darah daging kita.

Okay sekian sahaja untuk review movie kali ini. Tunggu next movie pulak ye hihi. Thanks for reading. Have a nice day everyone.

Love,
Yaya Yuki

Sunday, 1 January 2017

page 1 of 365

Bismillah, Assalamualaikum and very good morning. Entry pertama untuk 1 Januari 2017. Biasala kan tiba tahun baru, akan ada azam baru hihi. Jadi, if you mind to sharing apa azam korang untuk tahun 2017 komen di bawah ni ye :). By the way, gais Yaya Yuki is turn 21. Omgg kejap nya rasa angka 2 ni berjalan. Jadi, semakin meningkat umur ni apa azam yaya untuk tahun ni. 

- Fokus pada study 200% untuk grad pada masanya. 
- Rajin untuk tulis blog ni. Rajin hapdate
- Nak siapkan novel pertama
- Tak nak dah tidur lepas subuh.
- Nak buat jadual untuk pengurusan masa yang lebih efektif
- Wajibkan solat dhuha kepada diri sendiri.
- Perbaiki diri

Sedikit coretan azam 2017. InsyaAllah moga tertunai dengan izinNYA.  Kenapa yaya tak ada mention soal jodoh dalam azam 2017 ni huhu. Yaya serahkan soal ni pada Allah s.w.t, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hidup kita. Kalau dah tertulis ada rezeki untuk itu pada tahun ni, adalah huhu. Walau apapun azam kita sentiasalah berpegang kepada ayat ini.

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text


Sedikit kenangan 2016


Hari pertama tiba di UKM (feeling excited)


semasa pengumuman pilihanraya kampus


malam penutup minggu mesra mahasiswa



semasa minggu mesra mahasiswa




last class untuk sem 1
 



perang DECTAR semasa minggu mesra mahasiswa




 Last day kerja huhu



Hadir sebagai pemerhati wakil Srikandi Kebangsaan untuk parlimen mahasiswa



Hadir ke program pendidikan pengundi di AKEPT, Negeri Sembilan


 

Program bersama anak-anak yatim dari Sg. Banting Selangor.


hari last pergi makan sesama dengan housemate. huhu okay ni jelaa sedikit cerita untuk diabadikan di dinding blog ni. 
Terima kasih kerana sudi membaca

Love,
Yaya Yuki